“Muka Sama Takpe, Jangan..” – Ubai Berbuka Dengan Bakal Mak Mentua, Netizen Kata Wajah Sama Macam ND Lala

Hiburan

“Muka Sama Takpe, Jangan..” – Ubai Berbuka Dengan Bakal Mak Mentua,  Netizen Kata Wajah Sama Macam ND Lala

Pensohor media sosial dan juga kekasih kepada Shila Amzah, Ubai MZ baru-baru difahamkan ada berbuka puasa bersama keluarga penyanyi itu baru-baru ini.

Seakan merestui hubungan cinta anaknya itu, ibu Shila, Datin Fauziah Sarman turut berkongsi foto mesra dia bersama anaknya dan Ubai di Instagram.

Advertisement

Malah, adik Shila, Syahir Amzah turut ada bersama sekaligus membantu sedikit sebanyak Ubai yang kelihatan agak gemuruh pada malam itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat kemesraan keluarga dan pasangan Ubai dan Shila meluangkan masa bersama-sama.

Ada juga netizen yang meninggalkan komen mengatakan wajah Ubai persis bakal bapa mentuanya, penyanyi ND Lala.

Tampil berseloroh, Fauziah kemudian membalas komen tersebut dengan nada bersahaja.

Muka sama tak pe, jangan perangai sama..takut!!

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar pasangan ini cepat-cepat bernikah dan menghalalkan ikatan yang sedia terjalin itu.

Fazura Fattah Amin
1 year ago

(VIDEO) "Nampak Tak 'Fake'.." - Beli Baju Raya Buat Keluarga Mentua, Fattah Amin Dianggap Bertuah Beristerikan Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...