Penyanyi dan juga pelakon, Azza Elite memberi ‘amaran’ buat saudara-maranya yang berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur agar tidak menziarahi ibunya di kampung sempena hari raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Meskipun kedengaran agak lantang, namun bagi Azza, dia terpaksa berbuat demikian demi kebaikan dan kesihatan ibunya kerana bimbang potensi dijangkiti COVID-19 akibat aktiviti ziarah menziarahi.
View this post on Instagram
Perkara tersebut diuar-uarkan Azza menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya, baru-baru ini.
“Pada saudara-mara dari Selangor dan Kuala Lumpur atau dari mana sahaja yang balik kampung, jangan seskali anda datang rumah mak saya. Awas! Saya haramkan anda datang rumah mak saya ketika ini demi kebaikan dan kesihatannya.”
Jelas Azza lagi, selain daripada bimbangkan kesihatan ibunya di kampung, dia juga turut risau akan keselamatan anaknya iaitu Marissa dan juga pak ciknya yang turut berada di Ipoh, Perka pada ketika ini.
Dia dalam pada itu turut menyedari bahawa apa yang cuba disampaikannya itu mungkin kedengaran agak kasar dan tidak manis namun Azza hanya memikirkan kebajikan ahli keluarganya yang berada di kampung.
Ujarnya, dia berasa sangat bimbang kerana kes membabitkan kematian wabak COVID-19 itu semakin meningkat di samping bilangan kes jangkitan harian.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.