Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Menangis Teresak-Esak Minta ‘Full Lockdown’, Azza Elite Diserang Keresahan Melampau

Azza Elite

Penyanyi dan pelakon, Azza Elite menerusi sebuah hantaran di Instagram tidak dapat menyembunyikan kesedihannya sehingga mengalirkan air mata memikirkan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari,43, dilihat telah meluahkan kerisauannya dengan situasi genting yang melanda negara dan turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dengan segera bagi mengekang penularan wabak membunuh itu.

Advertisement

Mengakui bahawa dirinya mempunyai masalah kerisauan melampau ‘anxiety’ yang sangat teruk, Azza juga menzahirkan perasaan bimbang kerana duduk berjauhan dengan keluarga dan anak di kampung.

“Hari ini adalah hati yang menakutkan..dada berdebar bila baca di media sosial. Saya minta maaflah sebab saya anxiety (kerisauan melampau) sangat teruk. Ya Allah saya memang sangat takut..risau mak dengan anak di kampung, kami terpisah. Tolonglah kerajaan bagilah lockdown..anda nak berapa ramai lagi rakyat kita yang mati?”

Menurut pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu ini, jika kerajaan tidak melaksanakan ‘total lockdown’, rakyat Malaysia yang harus bekerja akan terus bekerja dalam keadaan penuh berisiko.

Tambahnya lagi, dia dan kebanyakan rakyat pastinya sanggup mengikat perut serta berkurung di rumah untuk tempoh dua hingga tiga minggu bagi membantu dalam menurunkan bilangan kes dan mengurangkan beban yang terpaksa digalas para petugas barisan hadapan.

Sekadar info tambahan, Azza telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga bekas pramugara, Azlan Zulaily pada tahun 2012. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat iaitu Muhammad Adam yang kini berusia 2 tahun dan dijaga ibu Azza di kampung.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    May 26, 2021 at 3:08 pm

    cam siyal lah nak nangis bagai apo

  2. nani

    May 26, 2021 at 1:04 pm

    Majority penduduk malaysia mintak tak nak lockdown. Kalau tgk pyramid, org kaya diatas sekali dan jumlahnya populasinya sedikit berbanding org2 miskin yg sangat besar jumlahnya populasinya. Dan penduduk miskin ini buat kerja2 harian yg tak menentu demi sesuap nasi. Jadi tolong fikir secara meluas. Perlu untuk mereka bergerak.

    Kerajaan belum lagi gagal pada saya malah cepat peka dengan membuat PKP dihari raya. Kalau tidak, jumlah kes sekarang dianggarkan adalah 50K sehari! Penduduk malaysia yg degil nak raya jgk. Ramai benci PM tapi pada saya dia lebih bertenang berbanding pemimpin yg lain dlm hadapi situasi kelam kabut ini. Yang lain air liur sahaja bersepah2 dgn tangan terbang2.

    Pendemik ini adalah jangka masa panjang jadi kerajaan pun tak mampu nak bagi duit selalu. Kita perlu berjimat cermat dan berjaga2. Nani mmg nak lockdown tapi kesian pd org miskin. Dan akan dtg ada lagi wave baru pendemik 3,4,5,6….100

  3. Menceceh

    May 26, 2021 at 12:31 pm

    Ko menangis suruh lockdown. Org lain menangis tak kasi lockdow psl tak boleh carik mkn. Ape pun gov buat takkan ade satu pun yg dpt puaskan hati rakyat.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top