Pastinya ramai yang berasa terkejut apabila mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa ibu Hannah Delisha sepertinya tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu dengan Imam Shah.
BACA: Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen
Makin menjadi bualan ramai apabila foto Eleena Sui dan pengantin baru tersebut yang dimuat naik oleh ibu mentua Hannah sepertinya memberikan gambaran bahawa pernikahan pelakon itu sebenarnya sudah berlangsung sejak Februari tahun lepas lagi.
BACA: Tarikh Entri Eleena Sui Jadi Persoalan, Hannah Delisha Didakwa Kahwin Tahun Lepas?
Semakin dikaji, netizen telah menemui entri ibu Hannah yang bertarikh 22 Februari 2020 di mana ia berdekatan dengan kononnya, tarikh asal penikahan pelakon wanita itu.
Sepertinya wanita itu yang meluahkan rasa gembira melihat Zahirah Macwilson dan Emma Maembong bertemu pasangan pilihan mereka selain dua pelakon wanita itu dijadikan gambar utama pada entri panjang tersebut.
“Memilih pasangan yang terbaik terletak di akhlaknya , kesopanan cara pemikirannya dan cara-cara tindakannya …semuanya harus kejalur kerohanian yang murni itu lah ciri pasangan yang baik …baru lah boleh menjadi pembimbing yang adil dan bijak …bukan yang penuh kebiadapan yang keterlaluan.. sehingga tidak mengenal cara berdepan dengan orang yang lebih tua.”
Malah ibu Hannah juga dilihat berpesan supaya setiap anak-anak mentaati perintah kedua ibu bapa kerana hukumnya ialah haram sekiranya menderhakai mereka.
Mungkin hanya kebetulan, namun netizen berpandangan bahawa entri ini mempunyai kaitan dengan isu yangs edang hangat diperkatakan mengenai pernikahan Hannah Delisha dan Imam Shah.
Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada pasangan itu sendiri.

Anonymous
March 11, 2021 at 10:40 am
Zahirah & Emma…anak-anak syurga?
Sampai dah beranak pun tak bertudung tutup aurat…
Salah pasangan ke tu, sebab pilih yang terbaik?
Hannah…lepas kahwin, dah tutup aurat – jaga dosa pahala suami?
MIMI
March 11, 2021 at 9:58 am
Patutnya hal keluarga tak payah mention kat public. Walaupun ibu rasa itu bukan pasangan yang terbaik untuk anak, tapi diorang dah pun kahwin, bermakna itulah takdir terbaik Allah beri kepada anak. Bukan anak ja perlu dididik, ibu pun boleh didik hati sendiri untuk redha, sabar dan berlapang dada dengan ujian Allah. Statement mcm ni akan memburukkan lagi keadaan. Terima dan doakan ja yang terbaik untuk anak.
tecit
March 11, 2021 at 8:38 am
aduhai xtaulaa ape kes depa ni. tp percayelaa nt lame2 netizen akan terima jugak. katenye dah jodohhhh. mcm kes aeril & wawa.
Anonymous
March 11, 2021 at 4:36 pm
ape kes aeril & wawa tu? terlepas bas pulak