Persoalan tentang hukum sebenarnya mengunakan ‘Android Box’ untuk menonton saluran berbayar akhirnya terjawab juga oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak PMWP, asal hukum membeli dan menggunakan android box itu sebenarnya adalah harus.
Walau bagaimanapun, sekiranya tujuan pembelian atau pengunaan barang tersebut adalah untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta dengan cara yang salah, maka ianya adalah haram kerana telah mencerobohi hak dan menzalami orang lain.
Menurut pihak PMWP, android box merupakan satu peranti yang membolehkan pengguna untuk menonton serta mendapatkan siaran-siaran dari luar negara.
Tambahan lagi, peranti itu juga boleh menyiarkan perkhidmatan siaran strim lain yang biasanya boleh diakses melalui laptop, komputer, telefon dan peranti yang lain.
Dalam pada itu, pihak PMWP berkata tidak akan ada sebarang isu syariah bagi kategori siaran percuma tetapi ia akan timbul isu syariah bagi kategori siaran berbayar yang sepatutnya dibayar dahulu oleh pengguna sebelum mengakses siaran tersebut.
Selain itu kami juga kongsikan beberapa artikel trending pada pautan di bawah.