Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Haram Ada Tatu Sementara Di Badan Walaupun Daripada Inai – Da’i Wan

Baru-baru ini, tindakan pelakon Syafie Naswip yang memuat naik foto dirinya dengan imej bertatu di bahagian lengan dan dada mencetuskan perdebatan dikalangan netizen meskipun tatu tersebut diperbuat daripada inai serta bersifat sementara.

Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah, Da’i Wan yang memberitahu haram hukumnya untuk seseorang muslim mencacah tatu di badan walaupun ia hanya tatu sementara .

Advertisement

Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu. Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu (tatu kekal) sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.

Untuk penggunaan inai pula, Da’i Wan berkata ia tidak menjadi masalah untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan asalkan ia tidak  berbentuk seperti foto lucah ataupun binatang.

Walaubagaimanapun, lelaki diharamkan untuk mengenakan sebarang corak lukisan di badan termasuklah dengan menggunakan inai.

Perempuan dibenarkan  mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah. Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan.

Harapnya dengan penjelasan ini, netizen akan lebih faham mengenai isu tatu sementara serta penggunaan inai sebagai tatu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 Comments

  1. Anonymous

    February 1, 2018 at 5:22 pm

    Ini semua culture shock jer…plus attention seeker

  2. anti ulamak wannabe

    February 1, 2018 at 4:31 pm

    hadoi byk betul la ostat kepoci skrng ni,tolong jaga amal ibadat sendiri boleh tak,bila dah sebok hal org tu pun bleh mendatangkan kecaman dan buka aib mendatangkan dosa so ostat nak jwb apa ,ostat ingat ostat ni ‘bebas dosa’ ka

    • Anonymous

      February 1, 2018 at 4:58 pm

      Tu bukan kepoci sis bro. Tu sekadar teguran sahaja. Bukan menghukum. Ustaz tu cuma kata benda ni salah supaya yg lain2 xikut sama. Kang klau smua snyap, makin rmai la ank2 muda yg ikut trend ni dgn alasan takde yg tegur mknanya xsalah giteww. Dh jd kewajipan kita sbg umat islam menegur. Tp klau dia berdegil jgk, biarkan jela. At least tnggungjwb kita dah slesai

    • Sedar diri

      February 1, 2018 at 6:02 pm

      Jgn sombong sangat. Maybe anda lupa. Kalau la Allah ni bukan Maha Pemurah, pengasih dan penyayang…. Org mcm anda la penyebab datangnya malapetaka & bencana dasyat disebabkan murkanya Allah atas dosa2 & keingkaran serta kesombongan hambanya.
      Dlm kita syok enjoy dlm hidup smpi lupa batas agama, dlm kita tidur lena setiap mlm…. tahu tak di luar sana /di sini ada manusia2 alim ulama yg bnyk berdoa utk kebaikan semua umat islam. Mereka korban kn tidur mereka sambil berdoa utk sekian manusia… Mereka korbankan nafsu dunia…mereka tak kedekut utk doakn kebaikan utk kita. Jgn bongkak sgt bila kita tetap mewah sihat & dpt apa yg kita impikan. Jgn kata semua tu atas usaha kita. Tanpa doa2 alim ulama yg dibuat dlm diam tu, maybe dah lama kita terima balasan yg berat disebabkn dosa2 yg dah merata2 dunia.

  3. veer

    February 1, 2018 at 3:15 pm

    x kisah lah dia pkai tatu sementara, tp perlu ke nk tyg badan.. ew.

  4. Anonymous

    February 1, 2018 at 1:26 pm

    benda ni basic kot? mcm mna la perasaan time solat tp bdan ada tatoo tiruan?

  5. Anonymous

    February 1, 2018 at 12:08 pm

    kalau teringin sgt nak bertatu bagai, plis jgn tonjolkan …….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top