Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelakon Syafie Naswip Dikritik Tampil Dengan Imej Bertatu

Pelakon berbakat besar, Syafie Naswip yang mula mencipta nama dalam industri hiburan menerusi filem Mukhsin baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas memuat naik beberapa foto dirinya dengan imej bertatu di bahagian lengan dan dada.

Advertisement

Syafie menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang beranggapan perbuatan beliau itu tidak seharusnya dilakukan kerana ia diharamkan dalam ajaran Islam.

Walaubagaimanapun, pelakon tersebut tidak begitu mengendahkan setiap komen yang dilemparkan meskipun ia turut mencetuskan perbalahan dikalangan peminatnya. Buat Syafie, isu tersebut tidak harus diperbesarkan.

Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu. Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun. Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu.

Sebagai selebriti pasti apa yang dilakukan akan mendapat perhatian ramai. Namun, pada pendapat kami, Syafie tidak perlu untuk memuat naik sesuatu yang akan mengundang fitnah apatah lagi imej yang beliau tampilkan kurang sesuai sebagai seorang Muslim meskipun ia bukanlah tatu yang kekal. Fikir dahulu impaknya sebelum tekan butang “upload”.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 Comments

  1. Anonymous

    January 30, 2018 at 8:35 am

    die rembat pen marker sape la conteng badan gitu

  2. pembenci Bella

    January 30, 2018 at 8:08 am

    Bella, nak kata kau ni bodoh, tak jugak sebab aku tengok essay kau ni dh ok. Kau ni bahlul ke apa? Tu inai la bodoh.

  3. Situ

    January 29, 2018 at 8:44 pm

    Tu menyerupai org sembahan agama lain2. Sama jgk mcm pakai loket tulis tuhan israel/ loket babi walhal diri islam. Generasi skrg 70% tak semayang..jd nk kondem pun xboleh jgk sbb mmg dah bebal agama dan sensitiviti agama.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama