Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah, Da’i Wan yang memberitahu haram hukumnya untuk seseorang muslim mencacah tatu di badan walaupun ia hanya tatu sementara .
Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu. Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu (tatu kekal) sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.
Untuk penggunaan inai pula, Da’i Wan berkata ia tidak menjadi masalah untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan asalkan ia tidak berbentuk seperti foto lucah ataupun binatang.
Walaubagaimanapun, lelaki diharamkan untuk mengenakan sebarang corak lukisan di badan termasuklah dengan menggunakan inai.
Perempuan dibenarkan mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah. Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.
Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan.
Harapnya dengan penjelasan ini, netizen akan lebih faham mengenai isu tatu sementara serta penggunaan inai sebagai tatu.