Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah, Da’i Wan yang memberitahu haram hukumnya untuk seseorang muslim mencacah tatu di badan walaupun ia hanya tatu sementara .
Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu. Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu (tatu kekal) sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.
Untuk penggunaan inai pula, Da’i Wan berkata ia tidak menjadi masalah untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan asalkan ia tidak berbentuk seperti foto lucah ataupun binatang.
Walaubagaimanapun, lelaki diharamkan untuk mengenakan sebarang corak lukisan di badan termasuklah dengan menggunakan inai.
Perempuan dibenarkan mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah. Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.
Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan.
Harapnya dengan penjelasan ini, netizen akan lebih faham mengenai isu tatu sementara serta penggunaan inai sebagai tatu.
melati
February 2, 2018 at 12:24 pm
“Pungkoq hang ” , Lagi Haram kalau ader Pendakwah sesat mcm hg..!!!hmmm
Yg Mengharap
February 2, 2018 at 9:32 am
allah is no 1
hanim
February 1, 2018 at 8:29 pm
bnyak sangat ostad menegur. sbb tu netizen pon mengikut perangai. sikit sikit nak mengecam. oh kemon..
benci naswip skrang
February 1, 2018 at 6:23 pm
muka cam harom badan huduh nak tatu bagai kuakuakua kalau kacak tahap dewa mcm Renz wolfenbarger, tak heran la ni setakat muka melayu bodh ko baik tak yah tunjuk sumpah aku muntah dalam mulut sendiri haha
euwwwww – apa dah jadi naswip dh jadi mental cam iqram sebab sendu nak publisiti hmm? puiii geli dengan rambut panjang mcm aedy asyraf trend budak bodoh melayu era moden