Baru-baru ini, viral dengan berita penyanyi Haqiem Rusli yang membeli kereta Mitsubishi Lancer secara tunai hanya pada usia 19 tahun. Rata-rata netizen merasa kagum sehingga ada yang bersemangat untuk kerja lebih keras demi mencapai impian mereka.
Walaubagaimanapun, Haqiem menafikan beliau membeli kereta secara tunai dan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai cara bayarannya kerana ia adalah perkara peribadi beliau.
Benar, saya beli kereta itu tiga minggu lalu, tetapi bukan secara tunai. Saya pun berasakan perkara ini tidak perlu diberi penjelasan kerana ia soal peribadi. Saya juga malas hendak bercakap mengenai hal ini apabila ia menjadi bualan netizen. Biarlah apa orang nak kata.
Tidak mengapalah secara tunai ataupun tidak, apa-apa pun Haqiem tetap bertuah kerana berjaya memiliki sebuah kereta pada usia yang agak muda. Betul tak?