November 1st, 2017

Hampir dua tahun bergelar penyanyi, Haqiem Rusli yang terkenal menerusi lagu Tergantung Sepi berjaya merealisasikan impian beliau untuk memiliki kereta idamannya, Mitsubishi Lancer yang dibeli secara tunai, hasil titik peluhnya sendiri hanya pada usia 19 tahun.

Haqiem turut berkongsi rasa gembira memiliki kereta pertama di akaun Instagramnya.  Rata-rata pengikut beliau di Instagram mengucapkan tahniah kepada Haqiem dan merasa kagum dengan pencapaian beliau hasil kerja kerasnya dalam bidang nyanyian.

Walaupun Haqiem belum mempunyai lesen memandu, perasaan kali pertama membeli serta memiliki sebuah kereta itu memang tidak boleh digambarkan lebih-lebih lagi tiada hutang pada bank. Tahniah juga daripada kami buat Haqiem. Teruslah bekerja keras dalam industri hiburan dan buktikan anda boleh terus maju lagi.


Comments are closed.

Loading...