Semakin bahagia, penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu tampil meluahkan rasa bahagia sempena 2 bulan mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang, produser Muhammad Sufian.
Perkara tersebut turut dikongsikan Mas Idayu di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Dalam hantaran video tersebut, Mas Idayu yang memakai busana kuning dilihat menghabiskan masa bersama suami di persisiran Pantai Muar.
Tadi darling kita call..hari ni 16 Nov genap 2 bulan usia perkahwinan kami, sekejap je dah 2 bulan. So sweet husband mummy sentiasa ingat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memuji kemesraan pasangan itu yang dilihat serasi berdua.
Netizen juga mendoakan agar Mas Idayu dan suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.