“Baru Je Nak Lekat..” – Disuruh Duduk Rumah Je Agar Mudah Hamil, Siti Elizad Terkilan Mulut ‘Pakcik Bawang’

Hiburan

“Baru Je Nak Lekat..” – Disuruh Duduk Rumah Je Agar Mudah Hamil, Siti Elizad Terkilan Mulut ‘Pakcik Bawang’

Pelakon dan juga juruhebah radio, Siti Elizad baru-baru ini meluahkan rasa kesal apabila dia dikritik kerana terlalu aktif sekaligus membuatkan dia susah untuk hamil.

Kata Elizad, seorang individu telah meninggalkan komen berbaur biadap apabila dia dituduh sukar untuk hamil kerana sering tidak berada di rumah.

Advertisement

Tulis individu itu, Elizad susah untuk hamil kerana sering duduk atas ‘kuda kepang’ dan menyuruhnya untuk duduk di rumah sahaja supaya mudah hamil.

Mengakui berasa terkilan dengan komen sedemikian, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Shariffudin, 38, berkata bahawa dia keluar rumah untuk bekerja dan tidak meminta sesiapa pun untuk menyukainya.

Siti Elizad

Jelasnya lagi, komen yang ditulis individu itu telah membuka ruang untuk netizen di luar sana memperkecilkan dirinya.

Saya hanya berkongsi apa yang saya suka di media sosial, tak pernah berlumba dengan sesiapa pun. Komen anda membuka ruang untuk saya di ketawakan. Terima kasih ya.

Elizad walau bagaimanapun tidak melihatnya dari sudut negatif malah memohon agar Allah S.W.T memberi yang lebih baik di atas kekecewaan yang dialaminya sebelum ini.

Terdahulu, Elizad ada memaklumkan bahawa dia dan suami pernah menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaaan in-vitro (IVF) beberapa kali namun masih belum dikurniakan rezeki anak sehingga kini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sakinah
1 year ago

(VIDEO) "Standard Saiz Asia" - Sharifah Sakinah Buat 'Trend' Kepit Barang Bawah Payudara, Ramai Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...