Hanya ‘Scan’ MySejahtera, Tiada Lagi Keperluan Imbas Suhu Badan – Khairy Jamaluddin

Berita

Hanya ‘Scan’ MySejahtera, Tiada Lagi Keperluan Imbas Suhu Badan – Khairy Jamaluddin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Menterinya, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mana-mana individu yang ingin memasuki mana-mana premis perniagaan tidak perlu lagi mengimbas suhu badan, lapor The Star.

Kata Khairy, hanya memadai dengan merekodkan butiran diri menerusi imbasan aplikasi MySejahtera sahaja dan mengeluarkan pemeriksaan suhu badan daripada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Advertisement

 

Suhu badan

 

Maklumnya lagi, cadangan tersebut akan dibawa mesyuarat mingguan Kuartet Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, Khairy berkata setiap individu walau bagaimanapun tetap perlu menunjukkan sijil vaksinasi sebelum memasuki mana-mana premis terutamanya restoran dan kedai makan.

Manakala pihak KKM juga mengesyorkan agar orang ramai menghidupkan ciri pengesanan bluetooth MySejahtera yang berfungsi bagi tujuan pengesanan kontak.

“Ia tidak wajib tetapi sangat disyorkan. Ciri ini akan memberitahu anda jika adalah kontak kasual. Ia tidak bermakna anda perlu dikuarantin, sebaliknya hanya perlu memantau simptom pada diri,” ujar Khairy.

Pengembara dijangkiti covid019 tak perlu kuarantin
2 years ago

Tak Perlu Kuarantin Wajib Buat Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 - Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...