Hanya Pistol Mainan Yang Diguna Sebagai “Props”, Apa Motif Pengarah Itu? – Fadzil Zahari

Hiburan

Hanya Pistol Mainan Yang Diguna Sebagai “Props”, Apa Motif Pengarah Itu? – Fadzil Zahari

Kecewa dengan dakwaan pengarah Shuhaimi Lua yang mendakwa abangnya, Farid Kamil membawa pistol ke lokasi penggambaran, Fadzil Zahari tampil menjelaskan pistol berkenaan bukan milik Farid dan sebenarnya salah satu props dalam drama dan dari set itu sendiri.

Advertisement

Fadzil mempersoalkan motif pengarah tersebut mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai.

Pistol itu pistol mainan. Ia ‘props’ yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai? Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu ‘props’ penggambaran hilang? Itu sahaja yang boleh saya komen setakat ini.

Terdahulu, Shuhaimi mengakui Farid ada menampar aktor Ridzuan Hashim dan membawa pistol ke set penggambaran. Farid juga dikatakan menengking seorang jurukamera secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.