January 15th, 2018

Sejak Datuk Farid ditahan Khamis lalu, ramai pula artis dan beberapa pihak lain membuat kenyataan tentang apa yang berlaku sehari sebelum beliau ditahan polis.

Terbaru, pengarah Shuhaimi Lua mengakui berlakunya insiden Ridzuan Hashim ditampar dan turut mendedahkan Farid membawa pistol ke lokasi penggambaran.

Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar.

Bukan itu sahaja, Farid terus berkelakuan pelik dan turut menengking seorang jurukamera secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.

Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut. Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya. Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika.

Apa yang berlaku kepada Farid ketika ini memang amat rumit dan mengejutkan orang ramai. Tidak dinafikan perbuatan beliau yang bertindak agresif terhadap pihak berkuasa dan orang awam adalah satu kesalahan berat. Namun, kita jangan terus membuat andaian tersendiri, pasti ada sebab disebalik kejadian tersebut.

Sumber Berita : Utusan Online


15 responses to “Pengarah Dakwa Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi Penggambaran”

  1. Anonymous says:

    AKU RASA BAIK WARTAWAN TANYA SOFI JIKAN MESTI DIE TAW APE YANG JD

    • Sambal belacan says:

      Melodi interview Sofi Jikan ckp yg Farid tengah sakit sampai nak keje pun tak boleh sebab alami kecederaan dulu ditambah dgn kemurungan. Lebih kurang macam tu lah.

    • minah jambu say NO to drugs says:

      kemurungan ? pasal ape ? pasal tk dapat jumpa anak n mak mertua yg jaga anak2 jadi tk bebas nak jumpa anak2 gitu ke ? farid aje yg tau semua tu..

  2. Jed Jeidi says:

    moral of the story, nak pilih sahabat, jangan pilih yang kaki ganja…kan dah terjebak..

Loading...