Hanya Peroleh RM123,556, Kes Terpotong Kepala Zakar Gagal Dapat Ganti Rugi RM3.1 Juta

Berita

Hanya Peroleh RM123,556, Kes Terpotong Kepala Zakar Gagal Dapat Ganti Rugi RM3.1 Juta

Seorang pemuda yang memfailkan saman setelah alat sulitnya terpotong ketika proses berkhatan 13 tahun lalu dilaporkan hanya mendapat ganti rugi RM123,556 berbanding RM3 juta yang dipohonnya sebelum ini.

Perbicaraan menentang kerajaan Malaysia dan empat pihak lain itu akhirnya menemui penghujung setelah panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ravintharan mengumumkan keputusan itu.

Advertisement

Ganti rugi am RM2 juta diperoleh responden (pemuda) terlalu tinggi dan tidak disokong oleh sebarang dokumentasi. Oleh itu, ganti rugi am RM2 juta dikurangkan..

..kepada RM100,000 manakala ganti rugi khas dikurangkan daripada RM108,356 kepada RM23,556.

Selain kerajaan Malaysia, empat pihak lain ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Mangsa yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atas beliau tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.

Akibat kecacatan kekal itu, ibu mangsa mendakwa anaknya yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Budak lemas dengan datuk
8 months ago

Tragedi Budak Lemas Dalam Kolam Dengan Atuk - "9 Tahun Kami Tunggu Zuriat, Tak Sampai 2 Tahun Dah Pergi"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...