Tragedi Budak Lemas Dalam Kolam Dengan Atuk – “9 Tahun Kami Tunggu Zuriat, Tak Sampai 2 Tahun Dah Pergi”

Berita

Tragedi Budak Lemas Dalam Kolam Dengan Atuk – “9 Tahun Kami Tunggu Zuriat, Tak Sampai 2 Tahun Dah Pergi”

Ibu kepada kanak-kanak berusia 2 tahun yang meninggal dunia akibat lemas bersama datuk, Zarina Azmi berkongsi kesedihan ketika ditemui media semalam.

Ujar Zarina, anaknya Muhammad Ziyaf Mikhail Muhammad Yuzarith berusia setahun tujuh bulan merupakan cahaya mata yang ditunggu selama 9 tahun sepanjang perkahwinannya bersama suami.

Advertisement

Ziyaf sebelum ini ditemui lemas bersama Datuk, Azmi Abdullah, 78, di sebuah kolam hiasan terbiar berdekatan sebuah restoran di Taman Kempas kira-kira pukul 7.20 malam kelmarin.

Jelas Zarina, dia reda dengan ketentuan Ilahi namun masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu.

Saya dan suami masih bersedih kerana anak kesayangan yang kami tunggu sembilan tahun hilang sekelip mata.

Saya masih trauma dengan kejadian ini dan mungkin sukar untuk melupakannya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Zarina berkongsi saat-saat terakhir anaknya di sisi sebelum pulang menghadap Ilahi.

Ujarnya, Ziyaf asyik memeluk dan menciumnya sepanjang berada di gerai makan miliknya di Taman Kempas kelmarin.

Saya rasa pelik dengan perbuatannya itu kerana seolah-olah dia enggan berenggang dengan saya sehingga datuknya datang mengambilnya pada pukul 5 petang semalam.

Jurukimpal, Alif Ikhmal, yang ditemui berkata bahawa kolam berbentuk bujur yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya itu berkeluasan anggaran satu meter lebar dan panjang tiga meter dengan kedalaman satu meter sudah lama wujud di situ.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan kematian kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

raymond goh meninggal dunia
8 months ago

(TAKZIAH) Penyampai Berita Raymond Goh Meninggal Dunia Pagi Tadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...