Lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA) melaporkan bahawa Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi ada membuat pengumuman mengenai jemaah luar yang tiba di negara itu untuk tidak lagi mengemukakan bukti vaksinasi COVID-19.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sebuah kenyataan akhbar di mana mereka yang ingin menunaikan ibadah tersebut tanpa mengira status vaksinasi mereka hanya perlu menyediakan keputusan ujian PCR atau ujian pantas antigen.
Sampel dan keputusan itu perlu diambil dalam masa 48 jam dari tarikh perlepasan jemaah ke Arab Saudi dan sudah mula berkuat kuasa, semalam.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa setiap warganegaranya yang ingin keluar dari negara itu diwajibkan menerima dos penggalak vaksin COVID-19.
Ia termasuklah mereka yang berada di negara itu selama tiga bulan selepas tarikh menerima dos kedua.