Written by AbangNara | December 19th, 2013

Bab ini Abang Nara memang sokong Rita Rudaini. Selaku seorang ayah, Abang Nara memang terkedu juga dengan jumlah perbelanjaan yang ditelan untuk membesarkan anak. Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah.

anak rita rudaini

Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-

Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.

Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya… orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?

Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya

anak rita rudaini

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Rasanya Rita tidak akan minta nafkah yang melampau sekiranya bekas suaminya tidak mampu untuk menunaikannya. Lagipun memang tanggungjawab seorang ayah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anaknya. Kalau betul tak mampu, Aidil harus duduk berbincang dengan bekas isterinya kerana ini melibatkan masa depan anak-anaknya juga.

P.S: Tujuh finalis car of the year

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.