Written by AbangNara | December 19th, 2013

Bab ini Abang Nara memang sokong Rita Rudaini. Selaku seorang ayah, Abang Nara memang terkedu juga dengan jumlah perbelanjaan yang ditelan untuk membesarkan anak. Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah.

anak rita rudaini

Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-

Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.

Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya… orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?

Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya

anak rita rudaini

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Rasanya Rita tidak akan minta nafkah yang melampau sekiranya bekas suaminya tidak mampu untuk menunaikannya. Lagipun memang tanggungjawab seorang ayah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anaknya. Kalau betul tak mampu, Aidil harus duduk berbincang dengan bekas isterinya kerana ini melibatkan masa depan anak-anaknya juga.

P.S: Tujuh finalis car of the year

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

166 responses to Hanya Orang Punyai Anak Tahu & Faham Tentang Belanja Anak-Anak – Rita Rudaini

  1. sotong hitam says:

    walaupun ramai yg rasa 5K tu banyak, tapi jgn terlepas pandang, sbb ape yg Aidil bayar cuma utk keperluan anak2nye, ini belum termasok waktu dan perhatian serta kasih sayang yg diberikan oleh RR kepada anak2 die. Boleh ke Aidil bayar harga waktu dan perhatian yg RR berikan pada anak2 die?

  2. Mat K says:

    5k? susu anak 5k? dlm sebulan berapa byk kotak susu kau beli?
    pampers? emm

    • NA says:

      Hello. jaga anak ni bkn takat susu & diaper je. makanan budak bkn takat susu je ok. taska, babysitter, pakaian, mainan, sakit demam, insurans kesihatan + pendidikan, simpanan utk masa depan.

    • MAT K LA SANGAT says:

      mat k otak letak kat lutut… dia ckp nak beli susu je ke 5K tu?

      • aku nak jugak. says:

        Akuk pong nak jugak bgtau kos perbelanjaan anak2 nih,

        Susu – 2 org anak kecik rm 800. Klu mat k nak bagi anak dia minum susu cap junjung, barulah murah kot.

        Pampers – beli byk2 time offer kat billion pun tetap tak lari dari rm 300

        Makanan – mknn bayi mahal woo. Klu rusk dgn heinz tsk lari rm 500 sebulan. Klu mat k nak murah, bagi anak dia makan air kanji aje.

        Taska – sebab taska tu bukan bapak aku yg punya, sebulan 2 anak kenalah dlm rm800
        Lain-lain seperti pakaian, mainan, ubatan, toiletries, minyak yuyi, kul fever, paracetamol budak utk standby kat rumah, dan sebagainya = banyak beb.
        tapi, anak anugerah tuhan. Juga amanah tuhan.
        BACA2 DAN RENUNGKANLAH. SELAMAT BERAMAL. SELAMAT MALAM.

    • mat k sengal says:

      kau laki apa tau..dh ada anak baru tau..mngasuh budak jer kt kl skg ni dkt 1000..skg kencing pn kna byar tau x..

    • mak budak anak 3 says:

      ko dah kawen belom bongok ?

      ni roughly perbelanjaan untuk 2 orang nak ye utk kau BAKAL SUAMI BAKAL BAPAK ! bebudak demam slalu sebulan boleh 1-2 kali .

      i) Babysitter = RM 800.00++
      ii) Susu = RM 932.00 (Satu tin susu je dah dekat seratus ringgit!) ++
      iii) Pampers = RM 210.00++
      iv) Medical = RM 200.00++
      Total = RM 2000.00++

      ni salah satuuu bukti utk org bongok cam kau .
      http://outdoorfreak.blogspot.com/2011/07/kos-2-anak-untuk-sebulan.html

    • aku ada anak says:

      just saying .
      (anak dua , still menyusu , pampers , day care ++ )

      untuk panduan para ibu-bapa diluar sana , utk BAKAL BAPAK mcm si Mat K ni . ni perbelanjaan aku sekarang .
      i) Babysitter = RM 800.00
      ii) Susu = RM 1200.00 (Satu tin susu je dah dekat seratus ringgit. kalau beli yg kecik tu lg rugi)
      iii) Pampers = RM 250.00
      iv) Medical = RM 200.00 (anak kecik usually demam 1-2 kali seminggu)

      Total = RM 2000.00++
      haa , ni bukti . bukan ape . org mcm ni kena bg bukti kalau tak tak pecaya sama je . SILA BACA, FAHAM, HADAM .

      http://outdoorfreak.blogspot.com/2011/07/kos-2-anak-untuk-sebulan.html

    • anak aku ada 3 says:

      just saying . ni perbelanjaan aku . untuk yang belom berkahwin , aku mohon untuk korang sediakan diri , mental secukupnya . kahwin ni best , tapi penuh tanggungjawab . bukan sekadar seronok-seronok .

      baby sitter : 800.00
      susu : 1100.00
      pampers : 260.00
      medical : 200 .00
      total : 2000.00++

      yg basic pon dah 2000.00++ belom bawak anak jalan-jalan , shopping baju , makanan harian , alat belajar anak-anak , permainan .

      BACA , FAHAM , HADAM .

  3. yunna says:

    “Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya.”….oppppssss…klu kawen lgi lepas ni…rita nak yg brand new lah yer. Xnak yg dh ada ank.

    • yunna bengap says:

      kahkahkahkah
      org yg bengap sentiasa bengap .
      maksud rita tak rugi dia berbelanja sbb tu utk anak dia jugak .
      duet bukan boleh bawak masok kubo oi oi

  4. Kakak Kiut says:

    bayar umh utk ank2 duduk paling2 dh 1.5 k…keta utk ank2 naik paling2 500, susu paling2 dah rm400, pampers 200, baju 200, makan minum 500, insurans 400, bawak jalan2 ujung minggu, 200, toys 200, saving masa depan paling 100 sorang..

    penat lelah rita jaga anak sorang2, jaga anak sakit, ajar anak kenal tuhan, gembirakan hati anak = xterkira upahnya..

    ok la tu aidil…fair and square

  5. rita lita says:

    kalo jumpa si aidil tepi jalan kentotkan jer…buat anak tahu sara anak buat2 xtahu..

  6. cili padi says:

    walau macam mane pun pengorbanan ibu selalunye melebihi segala2nye…harap aidil dpt berfikir dgn tenang kerana jumlah yg diminta itu buat anak die dn bukan buat RR…dan aidil harus bersyukor kerana sejauh ni RR telah memberikan yg terbaik untuk anak2 die…harap RR akan terus menjaga anak2 mereka dgn sempurna…

  7. ibu beranak 3 says:

    Ini pendapat peribadi

    Susu 2x = RM 250
    Pampers 2x = RM 200
    Nursery 2x = RM 700
    Food 4 minggu/sebulan = RM 400
    Medical Insuran 2x = RM 400
    Education Insuran/ SSPN 2 x = RM 400
    Medical/Imunisasi 2x = RM 300
    Tempat tinggal = RM 1500
    Weekend outing = RM 400
    Pakaian 2x = RM 300

    okaylah tu 5K dah kira kay sgt sgt…

  8. Sufiey says:

    kalau rasa x mampu nak tanggung anak tu lebih baik x yah ber BIN kat ko…apadah punya bapa…anak sendiri pun berkira..dengan girlfriend boleh pula belanja sana sini…mmg nak lepas tangan sungguh pemain bola sepak ni…

  9. lia arif says:

    sya tak sebelah sape2…..cuma ayat rita..”hanya org punyai anak tahu dan faham tentang perbelanjaan anak”….sya pun ada 2 anak dan perbelanjaan utk mereka tak smpi rm5000 sebulan time diaorg baby n now dua2 anak dah sekolah rendah…nk makan nk main n macam2…still belum cecah amount itu for sebulan…..kos perubatan dan percutian misalnyer bukanlah every month wujud, kalau ada baru la claim (buat perjanjian mcm tu kalau takut ur ex xnak byr)….kos sewa rumah pun claim ker…bukan ker kalau xde anak pun u still sewa rumah??kos2 terpencil yg lain yg mana melibatkan ibu jugak maka kire perbelanjaan ibu lah kan….apapun inilah pengorbanan kite utk menjaga amanah Allah itu….maafkan sya..ini sekadar my opinion base on my experience…..my parents pun slalu pesan supaya besarkan anak2 dgn sederhana seperti tuntutan Islam…..sya membesar dgn parents yg bolehlah dikategorikan ‘berada’ tapi diaorg tak penah ajar anak2 utk rasa seperti org berada…semakin meningkat dewasa baru la kami dpt rasa sedikit demi sedikit….ye lah kekdg parents tolong seskit di saat emergency case…maklumlah bila anak2 dewasa tak semua adik beradik kami ‘berada’ seperti our parents…apapun all are up to both of you…sya cuma terpanggil utk berkongsi pendpt setelah membaca statment rita di atas….semoga Allah merahmati kita semua…amin…

    • To puan lia says:

      Puan, katakanlah kos puan membesarkan anak 4k utk dua org.. Maka puan nk rita pun claim kat bapak budak tu same mcm kos puan sara anak puan? Senang nk fikir mcm ni lah kan.. Puan mungkin byk masa di luar,, rita hidupnya byk diluar rumah.. Jadi kos ‘makan minum’ anak2 masing2 dah lain.. Puan da boleh cut kat situ. Xnampak lagi? Ok puan dengan rita pergi mall makan kat restoran bersebelahan. Selepas keluar makan, adekah bil masing2 same? Setahu saya sewa rumah rita 3k.. Die claim 1.5 utk anak2 die.. Ye.kalau die duk sorang die tetap akan bayar,, tp die tinggal dengan anak2 die dengan ex laki die..kos2 terpencil, pencil mcm mane pun itu hak anak die utk ditanggung bapaknya…haruslah tuntut..kalau nk berkira, tolak la sebahagian yg melibatkan rita.. Kalau aidil x byr pun sy rase rita masih mampu byr semuanya tp kat sini die nak tuntut hak anak2 die… Kalau rita kebulur duit aidil, mesti die claim harta sepencarian. Tp die xnak pun…bayar ke x hidup rita sama je..sebelum ni pun nampak semua die sediakan utk anak2 die..bezanya kalau aidil x byr ready je la dengan waran

      • pening lalat says:

        aku sokong kata2 ko to puan lia… lia arif, aku br ank sorg.. aku n suami aku ada bsns masing2.. alhamdulillah bab duit mmg xde masalah utk kami sekeluarga.. utk pengetahuan lia arif, ank saya menghidap asma peringkat kritikal.. ini di sahkan oleh doc pakar KPJ.. selama ni aku tahu ank aku ada asma.. tp x tahu la plak smpai tahap kritikal.. aku x pernah ajar ank aku hidup mewah juga.. dia sakit mmg aku pergi klinik2 biasa je.. bukan 3,4 klinik, hmpir 10 klinik swasta aku pergi utk rawat ank aku..semua c menjd.. sbbnye setiap mlm dia batuk smpai muntah2.. kes ni berlarutan hampir 3 bulan.. selagi dia x muntah , dia xkn boleh tdo.. ibu mn sanggup tgk ank muntah smpai keluar air mata n air di hidung setiap malam.. aku dgn husband aku naik runsing.. x tahu nk buat mcm mn.. last aku bgtahu suami aku, bwk pergi KPJ..kat situ br aku tau ank aku dah tahap kritikal..ank aku kne masuk wad.. 2 mlm 2ribu lebih.. alhamdulillah.. lps tu dia xde muntah mlm2 dah.. tp kdg2 kne serang asma juga sbb ank aku ni dia tahu mknan apa yg xley di mkn.. tp dah nama budak.. blkg aku dia g redah mkn.. so, setiap kali masuk wad, bil msti 2ribu lebih.. itu br ank sorg ye n br bab medical.. x termasuk makanan, susu, pampers, pakaian, toys, insurans… ank saya br 5 tahun.. still pakai pampers.. time dia x tdo, mmg dia pergi toilet sndr.. tp time tdo, dia x sedar.. nk x nk, mlm kne pakai pampers.. apa yg rita claim dgn ex husband dia tu, terlalu murah sbnrnye.. sbb 5k utk 2 org ank.. hidup d bandar ni, kos memang tinggi..

  10. O_o says:

    aidil.. rezeki yg Allah bagi tu.. utk di kongsi bersama anak2.. jgnlaa kedekut sangat.. jangan sampai Allah murka pada kau.. setiap bapa yg baik dan btgjwb tak akan biarkan anak2 hidup susah.. sdgkn pendapatan bapa yg tak smpi 2k pun sggp beri yg terbaik buat anak & keluarga mereka.. tp kau pulak nak berkira dgn anak sndr.. aidil kau patut malu dgn bapa lain yg bpndptn rendah dr kau tp sggp bkorban tuk anak2 melebihi dr keperluan mereka sndr…

  11. SQ says:

    Abg aku gaji 8k je. Dia blh je dgn rela hati bg ex-wife dia 4k and kete sebuah utk tanggung 2 anak. Ex-wife duk dgn mak ayah, kerja peg.kerajaan G41. Aku ask abg aku x rasa byk ke. Katanya itu anak2 dia dan siap ckp tiap rezeki dia dpt ttp ada utk anak2 dia. Jadi aku x nmpk apa yg patut si Aidil ni bising.

  12. saja jerr says:

    pegi mamp0s lah kau aidil oii!!

  13. Dida says:

    jangan jadi macam artis lagi satu tu….bila ex-wife mintak tunggakan nafkah anak-anak kat mahkamah, kata tak mampu…. tapi bini baru & anak baru mewah sakan uols…beg LV even cadar baby pun LV…kereta pulak million2…bila anak2 dah bujang, baru terhegeh2 nk merapatkan diri…

    anak dua2 lelaki….kalau kau meninggal portion harta pusaka diorang banyak ooooo

  14. Payment Voucher says:

    korang ni bercakap mcm lah korang yg kahwin dengan aidil atau rita..korang tahu ke apa masalah mereka? korang boleh confirm ke rita tu baik/jahat? korang boleh confirm ke aidil tu baik/jahat? rumah tangga ni macam2 hal ada..kdg2 suami isteri elok boleh tolak ansur dan berpakat dengan baik, jadi rumahtangga kekal sampai mati..kdg2 suami atau isteri tak boleh tolak ansur, tak jujur sesama sendiri, etc..tu sebab rumahtangga bergolak macam rumahtangga rita-aidil..NAMUN, kita org luar, kita tak tahu apa sebenarnya terjadi dalam rumahtangga mereka berdua..yang tahu hanya aidil, rita, keluarga mereka (tak semestinya tahu cerita dengan sepenuhnya) dan yang pasti maha mengetahui adalah Allah SWT..jadi kenapa ramai yg sebok nak jadi Tuhan pulak ni???

  15. Anonymous says:

    AC Mizal bagi anak2 dia RM150 jer sebulan..ok jer anak2 dia mkn jugak..byk sgt 5K tu…ko pulangkan aja anak2 tu pada Aidil..x pyh dia nak byr sampai 5K..dulu kan ko yg suka kan Aidil..terima jer la seadanya..

    • ko menyut says:

      dah kenape nak kate rita suke aidil dulu.. kalo xsuke same suke xde diorg ni kawen.. ayat bongok je kuar dari mulot ko ni.. cakap pakai akal la..jgn ikut nafsu..

      • Anonymous says:

        ye ke suka sama suka..kot si Rita terlebih suka kot..ialah perasan dapat pucuk muda..tu yang mak bapak mertua x suka pun x kesah..relakan aja diri dinikahkan ker di Siam…yer dokk..he he he..skrg padan la muka..org N9 ko main2..diorg tu biar mati anak jangan mati adat…

    • Anonymous says:

      NGEK KAU 150 CUKUP.KO PI KEDAI BAWAK 150 TENGOK.APA YG KO BOLEH BELI.

  16. kecik says:

    jangan salah menyalahi antara satu sama lain .. sama-sama buat .. sama-sama tanggung lah .. rita : jangan jadi kan belanja anak sebagai satu alasan untuk dapat 5k .. masing-masing mempunyai kerjaya sendiri .. so fikirkan lah mana yang terbaik .. jangan jatuh kan air muka suami sendiri .. aidil : jadi kan ia sebagai pengajaran .. mungkin ada hikmah semua ini .. tapi nafkah zahir perlu diberikan jugak .. sbb itu memang tanggung jawab aidil ..

    • tudung manik kacamata says:

      kecik:

      excuse me.. ex husband.. so xde istilah jatuhkan air muke.. dicerai melalui sms itu adalah satu penghinaan.. adakah wanita layak dihina sebegitu? dia mintk nafkah anak.. tanggungjawab suami sampai mati.. kalau awk lelaki, jadilah suami yang pandai bertanggungjawab dan jika awak perempuan, fahamilah hati wanita.. maaf.. tq..

      • Anonymous says:

        Ko bwk anak bujang org pi nikah siam pun satu penghinaan pada family Aidil tau, ko tau x Aidil tu Malaysia National Footballer..ko tu sapa Rita, da la janda tua pulak dari Aidil..pikir la..skrg da jadi cam ni pandai kata penghinaan…ko sendiri x reti hormat org..skrg ko terima la padahnya…

        • tudung polkadot kacamata says:

          baiklah.. awk mendengar dari gosip, saya juga mendengar dari gosip.. kite buat kesimpulan melalui gosip. kite tak tau kan cerita sebenar mereka.. Allah lebih tau.. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. kalau aidil xcintakan rita, xkan keluar zuriat dari Allah yng comel2 tu.. rita bukan dirogol.. tapi zuriat halal dari benih suami.. kite bercerita tentang nafkah, jadi mengapa perlu pertikaikan tanggungjawab yg sebenar harus dihadap oleh aidil..? setakat ini rita sedang menunaikan tanggungjawab die sebagai ibu.. jadi aidil perlu melakukan hal yang same.. berfikiran positif dan bersangka baiklah.. hidup kite mase depan pon kite tak tahu nasib macam mane pulak kan.. jika kamu wanita jangan lah menindas kaum sesama sendiri.. sedih.. kite tak berada ditempatnye.. ape yg rita lalui kite tak tau.. rrita xmintak sume ni, even kite sendiri pun xnak.. ape yg bakal awk lalui pun awk xtau kan.. wallahualam.. Allah maha tau..

        • pening lalat says:

          kpala hotak ko rita bawak aidil kawen siam.. bukannye rita culik aidil, den pergi paksaaidil kawen dgn rita.. diaorg pergi sama2 ok.. aidil yg bangang.. dia sndr yg jatuhkan air muka keluarga dia.. yg dia pi kawen kt siam tu nape.. dah tahu ada mak bapak.. bab kawen siam ni, jgn nk tunding pd rita sorg.. setakat pemain bola mesia yg main ntah pape, xpyh nk bangga sangat..

        • nlmr says:

          ni mesti family aidil ni.. hamboi ta puas hati sampai ke BN ni bawaknya..da la tu meroyan malu org kg jer

    • tudung manik kacamata says:

      maaf.. tanggungjawab suami selagi anak belum bekerja @ berdikari mencari rezeki sendiri..

  17. mieowww says:

    rita bukan menyalak ok dia minta hak anak dia..mmg tanggungjawab suami utk bg nafkah pd anak even dah bercerai n ex wife mampu..ni la penyakit lelaki yg bercerai skrg..klu tgk statistik d mahkamah syariah mmg ramai wanita teraniaya dalam urusan mintak nafkah anak2 seperti rita..mkn bertahun nk setel..kesian

  18. a says:

    nafkah ank2 mmg tnggungjawab seorang bapa…100%..klu si ibu xreda dengan bantuan yg diberikan dlm keewangan keluarga maka duit itu akn jdi haram…p la tnya 3 ustazah…da bnyk kli bnda nie dibincangkan…so mmg patut rita mintk 5k n pastikan semua perbelanjaan ank2 dye cukup dan sempurna..so klu jdi laki xnk bertanggungjawab..jgn la bgi bini beranak…so laki klu ade plan nk gatal or nk ceraikan istri sila la pastikan ank x dibuat n pling bgus..setia la pada yg 1…n then mintk petunjuk allah sekiranya ada masalah..cerai bukanlah satu penyelesaian…lepas bercerai pun tgk la..ade masalah lagi kan…

  19. mama sumayyah & qalif says:

    mmg btol sape yg tk merase jgn komen yg bkn2.Sya seorang ibu terasa akan tempiasnya,lebuy2 lgi duk kt kota besaq ni.Htr ank2 kat nursery n day care pon dh nk cecah RM 800 tuk 2 org (klu lewat ambik kene byr caj lain lak).Susu tuk si sulung RM 137.90 x 4 tin sbln,si adek lak 125.90 x 5 tin sbln.Blom msk duwet tuk pampers, insurans,SSPN & duwet red flag @”celah wallet” tuk buat biaya klu ank demam, kna gi kenik.klu bermalam leh lah claims insurans klu tk.. alamtnyer kenelh bayar bil nye.blom tmsk duwet bli bju (bli pon tungu mase offer buy 1 free 1).Untuk x hubby rita , tolonglh paham dgn perbelajaan zaman skrg,awk tk jage tu awk tk merase.

  20. aku pon bapak says:

    semoga RR dimurahkan rezeki mencari nafkah utk besarkan anak2….senang cari ganti la RR..ringan sikit beban..emosi pon terjaga

  21. Anonymous says:

    gaji aidil tu 80k.. padanla rita minta banyak tu…

  22. anymous says:

    benda ni kena give n take lah..rita pun jgn berlagak sgt hari tu kata tak nak satu sen pun duit dari aidil …sekarang ni dah memekak2 sbb tu jadi perempuan jgn ego tak kena tempat ..ko dah heret ank bujang org ke thailang dgn lengok tubuh ko pastu ko unrespect keluarga mentua ikut kata ko jeee ?? pls lah rita sbb tu dulu pun laki ko tggl kan kau. Utk adil kalau rasa mampu byr je tapi kalau rasa utk dkurang gi jumpa n bincang . Benda bleh bincang jadi tak perlu lah ko pun sama naik nak memekak sana sini ye adil!..

    • dena says:

      die kate xnak kan?

      die tak tuntut pun untuk diri die, die tuntut untuk anak2 die. kalau tak puas hati mintaklah resit tiap2 bulan..

    • Anonymous says:

      HERET ANAK BUJANG ORG KE THAILAND MEANS RITA CUCUK HIDUNNG AIDIL MACM LMBU TARIK DY KE THAILAND HELLO JANGAN JADI MANUSIA YG BODOH BOLEH…DORG SAME2 KAN PG TAHILAND 2 ATAS KERELAAN SUKE SAMA SUKA KENAPA NK CAKAP RITA HERET AIDIL XTAWLA PULAK IF AIDIL 2 LEMBU BOLEYH DIHERET2KAN

    • anyanymous says:

      RR ada kata dia xnak kahwin kat Thailand sebab nak restu family tapi lepas Aidil pujuk (x1000) baru dia setuju. Then lepas cerai, dia xnak pun claim harta sepencarian, cuma nafkah untuk anak2 je. Benda memang boleh bincang, tapi bila tanggungjawab yang wajib untuk menyara anak2 diabai, baru RR mintak mahkamah masuk campur. Kalau Aidil concern dgn tanggungjawab dia, xkanlah RR tiba2 nak mintak melalui mahkamah?

  23. Makcik Propa says:

    Yang penting rita hot dari si zareema ngok ngek tu. Makcik doakan rita jumpa jodoh yg baik, beriman dan boleh membimbing rita. Rita pun doa jugak tau. To Aidil, selamat memberi ye. jangan kerja nak menerima je. Go go girl !

  24. Satan Metal says:

    nafkah mahal giler mcm gaji bulanan pulak. apa la membazir. masa sihat si aidil tu boleh lah kan. kalau esok dah sakit ingat ley ke dapat gaji 10k lagi. lebih baik aidil simpan duit utk masa depan dia sendiri. esok lusa nanti dia kahwin dapat anak2 baru pun nak kena tanggung gak. kalau saya jadi aidil RM500 je sebulan pun dah cukup> apa la sgt belanjanya

    • O_o says:

      dasar kedekut!! beware laa wanita2 dgn orang macam ni…

    • d says:

      sesuai la ngan name Satan tu.

      tak cerdik.

      tak pernah ade anak kot nye,,tak pun ko duk hutan mane tak tahu kos kat bandar ni berapa??

      500 ye? aku nak bg tahu kau..daycare skarang koman2 pun 600-800 seorang.. aku ulang seorang.. anak die dua.. kalau bg 500, kos daycare sorang anak pun tak lepas..lain2? makan minum anak? susu? pampers? tempat tinggal?

      pakai otak sket pls

    • Leha Surirumah says:

      Nak tgk gak kau beli baju brp hengget.

      Aku yg bujang pon kalau byr dwet umah sewa + transport dah lebih 500 per month.

      Bg 500 tuh, kalau zaman 80-an ckup lah kot. KOT ye. KOT.

      p/s : agree with u O_o

    • kira says:

      ikut kemampuan lah cik abang oi.
      aidil tu pergi oversea dengan skandal mampu pula siap motorbike bagai,
      nampak ke beg yang aidil jinjit selalu tu, macam branded je?
      tak malu ke bagi wife RM500 je? alahai, kedekot benar.
      kalau tak mampu bagi nafkah, takyah lah kahwin lagi ye.

      bayar je lah 5k tu.
      esok lusa dah ada anak sendiri lagi pandailah rr bagi diskaun balik

  25. Abang Madon says:

    Betul, Abang Madon sokong cakap Rita,walaupun Abang Madon dah tua,tapi Abang Madon tetap suka minum susu untuk membesar..hahaha

  26. Anonymous says:

    Masalahnya skrg Rita minta hak ank2 dia dr bapa kpd ank2nya…tapi knp Ada org yg Sakit hati n nk mempertikaikan permintaan dia munasabah ke tak…itu antara dia n aidil …Ada juga wanita yg support aidil kan??? Rita yg Susah payah lahir n jaga ank2 tu sendirian…if aidil mampu apa salah bg ank2 merasa apa yg kta mampu berikan….tak Ada mak bapa yg nk ank2 hidup Susah…tgk cara hidup aidil…mewah dan semua brg yg dia pakai branded…tapi Utk ank berkira dan nk Rita ajar ank bersederhana…Jadi sendiri tunjukkan contoh dulu la…siapa2 pun blh ckp apa sahaja…krn yg menanggung tu org lain…1 je aidil nk seribu daya taknk seribu dalih…Ada seorg pengomen kata Rita Malas taknk berusaha sendiri …cik akak ank tu Ada bapa yg patut bertanggungjawab takan nk biarkan mcm tu je…if Rita Malas tak Ada la ank2 dia tu membesar dgn sihat…

  27. anto komkom says:

    Eh Aidil kan geng ND…cer la tanya perbelanjaan anak Nora sebulan bape?

  28. kak TEEpah says:

    kak Pah confuse..si aidil ni tak mboh bayar ka..ka kak pah salah baca. kat dalam statement tu takdak pun kata aidil tak mboh bayaq. memandai2 angpa ni speku. si Rita just mentioned jumlah nafkah yg dituntut after discount..awat ramai kat dalam ni lbh tau hal rumah tangga depa..tak baik tau…bila nak minta maap tu

    • tudung polkadot kacamata says:

      bukang xmboh bayar kak.. tapi die pertikaikan dan menipu.. die pertikaikan yang rita mintak terlalu banyak dan tipu gaji die 10k je.. bile die pertikaikan maka dia xsetuju.. persoalannya mengapa perlu berkire dengan anak2 SEOLAH2 tidak mahu membayar.. padahal berura mahu berkahwin lagi.. jadi itu yang kami persoalkan.. tq kak TEEpah

  29. yatie says:

    Klu ikutkan tuntutan perbelanjaan rita tuk anak2 tu mmg munasabah krn dia mementingkan keperluan anak2….teruskan hidup Rita Rudani walaupun tanpa suami!