Hanya Lima Bulan Mengacara Muzik-Muzik 36, Daiyan Trisha Tidak Kecil Hati Diganti Dengan Sissy Iman

Hiburan

Hanya Lima Bulan Mengacara Muzik-Muzik 36, Daiyan Trisha Tidak Kecil Hati Diganti Dengan Sissy Iman

Penyanyi dan juga pelakon, Daiyan Trisha memaklumkan bahawa dia tidak pernah berkecil hati apabila tempatnya sebagai pengacara program Muzik-Muzik 36 telah digantikan dengan penyanyi Sissy Iman.

Sissy Iman
3 years ago

Sissy Iman Pengacara Baru Program Muzik-Muzik 36 Bersama Alif Satar

Advertisement

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin,28, berkata dia menerima segala keputusan yang dibuat pihak penyiaran dengan hati yang terbuka.

“Saya anggap jodoh saya dengan Muzik-Muzik 36 sampai sini sahaja, mungkin rezeki di tempat lain. Saya okey saja..saya faham ini arahan daripada pihak atasa, bukan saya sahaja, beberapa program lain juga terjejas…”

Jelas Daiyan lagi, kontraknya telah ditamatkan awal meskipun mengikut perjanjian asal adalah selama setahun namun dia menganggap rezekinya bersama program hiburan terkenal itu adalah setakat itu sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Pelakon drama Project Anchor SPM ini juga memberitahu bahawa hubungannya bersama Sissy Iman juga baik malah penyanyi itu turut menghubunginya untuk meminta tips dan pengalaman ketika masih mengendalikan program itu.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan selamat maju jaya buat penggantinya yang difahamkan akan bergandingan bersama hos asal, Alif Satar pada setiap Ahad, pukul 11.30 pagi di TV3.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...