Sissy Iman Pengacara Baru Program Muzik-Muzik 36 Bersama Alif Satar

Hiburan

Sissy Iman Pengacara Baru Program Muzik-Muzik 36 Bersama Alif Satar

Penyanyi Sissy Iman dilaporkan akan bergandingan dengan hos sedia ada iaitu Alif Satar bagi mengacarakan program hiburan muzik popular, Muzik Muzik 36.

Sissy Imann
3 years ago

Mulut Tak Henti Ucap Syahadah, Sissy Iman Trauma Jatuh Ketika Menunggang Kuda

Advertisement

Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil,26, mengakui dirinya gembira dan dalam pada masa yang sama berasa sedikit gementar untuk mengacarakan program tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Dia yang dihubungi sebuah media berkata pemilihannya untuk Muzik Muzik 36 merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya.

“Sejujurnya saya gembira dan bercampur baur dengan gementar. Sebab dalam bidang pengacaraan ini, saya baru juga. Kiranya ini menjadi skala besar dalam kerjaya saya. Doakan saya dapat buat terbaik dan boleh kekal lama dalam program ini.”

Ujarnya lagi, dia menerima tawaran untuk menjadi hos Muzik Muzik 36 kira-kira seminggu yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Dia yang sebelum ini pernah dipanggil TV3 untuk menjalani uji bakat yang diadakan secara tertutup namun tidak dipanggil lalu menganggapnya bukan rezeki.

“Sejujurnya untuk program Muzik Muzik kali ini ia dekat dengan saya. Sebab ia berkaitan dengan muzik dan saya belajar muzik. Kiranya nak bertanya soalan berkaitan muzik akan lebih mudah selain dapat menimba ilmu baru..” ujarnya mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...