Kemunculan lagu terbaru usahawan Iqbal Zulkefli mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai malah turut menarik perhatian komposer dan maestro muzik terkenal, Azmeer Abu Bakar.
Menerusi sebuah laporan media, Azmeer tampil memberi reaksi terhadap vokal usahawan itu di mana dia beranggapan bahawa Iqbal tidak sepatutnya terjun ke bidang nyanyi hanya kerana ingin mencari publisiti dan mencari keuntungan.
Katanya lagi, seseorang itu perlulah mempunyai kesedaran dan tidak membuatkan seni nyanyian sebagai ‘selekeh’ dan memalukan industri muzik Malaysia.
Kita selaku penggiat seni harus menghormati industri seni itu, industri seni itu penuh keindahan, jangan kita selekehkan dia, saya tidak tuju kepada individu akan tetapi umumnya bagi saya mereka harus gunakan platform seni lebih seimbang dengan intelek dan jangan selekehkan industri seni, hanyalah sebab marketing.
Ketika diminta mengulas mengenai suara Iqbal menerusi lagu single terbarunya itu, Azmeer ada memberikan sedikit komen ‘pedas’.
Maaf nak cakap bukan kata tak sedap tapi sekadar level karaoke yang biasa-biasa saja. Kalau dia datang kepada saya untuk jadi artis rakaman saya akan reject. Makin ramai usahawan yang buat lagu tak berkualiti, imej industri muzik negara akan jatuh. Taknak Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei kutuk kita, malu la.
Sekadar boleh menyanyi, Azmeer turut memberi nasihat kepada Iqbal agar memikirkan terlbeih dahulu setiap tindakan yang diambil serta memberikan peluang kepada insan yang lebih layak untuk menyanyi.
Tambah Azmeer lagi, Iqbal sepatutnya tidak memperalatkan industri dengan propaganda murahan seperti itu.
Manakala impian Iqbal untuk ke Anugerah Juara Lagu nampaknya bakal terkubur apabila Azmeer awal-awal sudah ‘reject’ lagu Hujan nyanyian usahawan tersebut
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik..
anonymous
November 3, 2021 at 11:38 pm
welll iqbal pon tak ingin nak buat rakaman dgn kau,kau menyalak sana sini iqbal pun tak heran dgn salakan kau lagipun byak komposer akn berurusniaga dgn dia kau jeles kot sebab dia tak bayar kau utk kompos lagu kan kan kan mmmm sebab kau tak hebat mcm komposer lain kau kurennggg
anonymous
November 3, 2021 at 11:33 pm
beshe beshe pun 1juta lebih wei orang view kau sapa nak kutuk dia hasad dengki hati busuk tak padan tu…..
Armadan Hamdan
November 3, 2021 at 7:52 pm
TOTALLY AGREE!
?
November 3, 2021 at 1:35 pm
sora nabila razali pun besha2 je level koroke, p knp ko x kritik?
Anonymous
November 3, 2021 at 3:07 pm
nampaaknya Iqbal dah pandai komen cerita sendiri hahahah
Noor Salfarinah Pastel
November 3, 2021 at 7:48 pm
SEMEMANGNYA SETUJU!! ELIZABETH TAN, AYDA JEBAT, AMIRA OTHMAN, JANNA NICK DAN PENYANYI JERUNG MERAH PUN SAMA JUGA SAMPAHNYA. 90-AN LAGI PADU