Hanya Kerana RM4, Remaja 11 Tahun Dipukul Hingga Maut Di Rumah Anak Yatim

Berita

Hanya Kerana RM4, Remaja 11 Tahun Dipukul Hingga Maut Di Rumah Anak Yatim

Hanya kerana wang bernilai RM4, seorang penghuni sebuah rumah anak yatim dilaporkan telah dipukul rakannya sehingga maut di Kuantan, Pahang.

Mangsa yang baru sahaja berusia 11 tahun itu dipercayai telah disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin tersebut, lapor Astro Awani.

Advertisement
rumah Anak yatimSumber : Astro Awani  

Difahamkan punca pergaduhan tersebut berlaku hanya kerana mangsa telah mengambil duit sebanyak RM4.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati mangsa telah dibawa tiga pelajar lain yang juga penghuni asrama berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri ke rumah penyelia asrama.

Penyelia asrama kemudian membawa mangsa yang dianggap mengalami sakit sawan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

Satu laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut dan pihak berkuasa telah menahan seorang pelajar berumur 16 tahun untuk tujuan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ujar Wan Mohd Zahari lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

cuti materniti dan paterniti
2 years ago

Cuti Bersalin Kini Dilanjut Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti Suami 7 Hari - Parlimen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...