Cuti Bersalin Kini Dilanjut Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti Suami 7 Hari – Parlimen

Berita

Cuti Bersalin Kini Dilanjut Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti Suami 7 Hari – Parlimen

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Rang Undang-Undang Kerja (RUU) (Pindaan) 2021 telah diluluskan di Dewan Rakyat yang menyentuh soal tempoh cuti bersalin buat kaum ibu dan juga suami.

RUU tersebut telah mencapai kata persetujuan di mana kelulusan perlaksanaan perlanjutan cuti bersalin itu telah memperoleh sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.

Advertisement
cuti bersalinSumber : Google  

Ini membolehkan tempoh cuti bersalin yang sebelum ini hanya 90 hari dilanjutkan kepada 98 hari manakala cuti paterniti suami pula dilanjutkan kepada tiga hari kepada tujuh hari.

Ujar Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, pindaan tersebut bertujuan untuk memberi ruang kepada pekerja lelaki agar menemani isteri masing-masing yang melahirkan anak agar dapat menguruskan segala keperluan dalam tempoh yang mencukupi.

Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2. yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

Katanya lagi, pekerja lelaki dari sektor swasta juga akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam.

Jelas Awang Hashim lagi, pemberian cuti paterniti amat penting bagi menenangkan kembali emosi isteri yang masih belum stabil selain tanggungjawab azali sebagai ketua keluarga.

cuti materniti dan paterniti

“Adalah wajar pekerja lelaki yang berkahwin diberikan cuti paterniti supaya mereka dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anak, menjaga isteri yang baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkan serta menyelesaikan urusan tertentu seperti urusan pendaftaran anak.” tambahnya.

Difahamkan, kemudahan cuti paterniti itu diberikan kepada pekerja lelaki yang sudah berkahwin dan tidak terhad untuk satu isteri sahaja.

Antara syarat lain, pekerja lelaki tersebut haruslah bekerja 12 bulan dengan majikan yang sama dan memaklumkan kepada majikan 30 hari sebelum isteri bersalin serta boleh diambil mulai dari hari isteri melahirkan anak.

Keluarga Muhammad Adib terima wang pampasan RM1.5 juta
2 years ago

"Tak Dapat Tandingi Nyawanya" - Terima Pampasan RM1.5 Juta, Bapa Arwah Adib Minta Jangan Tuduh Mata Duitan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...