Hanya Kerana Dahagakan ‘Views’ Di TikTok, Seorang Pemuda Membakar Kereta Polis Telah Ditangkap

Berita

Hanya Kerana Dahagakan ‘Views’ Di TikTok, Seorang Pemuda Membakar Kereta Polis Telah Ditangkap

Baru-baru ini, tular sebuah video pendek di aplikasi X yang memaparkan sebuah kereta polis bantuan yang telah dibakar berdekatam Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di samping melakukan vandalisme dengan mencoteng dinding kaca di stesen itu .

Suspek berjaya ditahan

Susulan isu tersebut, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya telah pun membuat tangkapan seorang lelaki muda berusia 26 tahun yang dipercayai melakukan kerosakan tersebut.

Advertisement

Suspek seorang warga tempatan berjaya ditahan pada tengahari semalam setelah diserbu di rumahnya yang terletak di Flora Damansara. Pihak polis juga difahamkan telah merampas barangan yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian itu.

keretaSumber : Harian Metro  

Semata demi view

Menurut sumber,  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan awal mendapati tujuan lelaki itu melakukan perbuatan terbabit bagi mendapat view di TikTok.

Hasil siasatan suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing dapati dia positif dadah morfin.

Lelaki berusia 25 tahun itu yang masih bujang bekerja sebagai p-hailing sejak tiga tahun.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

11 months ago

Maut Didakwa Akibat Dipukul Beberapa Anggota Polis Langkawi, Keluarga Tuntut Keadilan Kematian Muhd Hafiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...