Bergelar ibu bapa di zaman serba mencabar ini pastinya pasangan suami isteri ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak tidak kiralah dari segi keperluan dan juga masa bersama permata hati masing-masing.
Namun, satu perkongsian di Twitter nampaknya telah mengejutkan sesetengah netizen di mana ada ibu bapa di luar sana yang menghantar anak masing-masing kepada penjaga selama tempoh seminggu dan hanya mengambil si kecil pada hujung minggu sahaja.
Kata individu itu, dia terkejut kerana ada ‘parents’ yang menghantar anak kepada pengasuh pada hari Isnin dan ambil pada hari Jumaat petang.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen berkongsi pendapat bahawa amalan seperti itu sebenarnya biasa bagi kaum Cina di negara ini.
Kebanyakan nampak amalan ini dalam kaum Cina sahaja. Diorang memang ada perkhidmatan pengasuh untuk 1 minggu atau 1 bulan terus. Kawan Cina saya yang bekerja kebanyakkan macam tu. Upah mahal.
Dalam pada itu, ramai golongan yang belum berkahwin dan mempunyai anak turut tertanya-tanya bagaimana perkembangan anak bersama ibu bapa masing-masing jika hanya ‘membela’ mereka pada hujung minggu.