January 15th, 2019

Gerai makan Waroeng Isabella milik pelakon Nabila Huda dan suaminya yang baru sahaja dibuka mendapat sambutan yang agak baik.

Namun, sejak beberapa hari lalu ada beberapa netizen tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan dan mengatakan makanan yang disajikan juga tidak enak seperti yang disangka. Macam-macam juga komen yang dilemparkan kepada Nabila.

Menurut Nabila, beliau tidak dapat memuaskan hati semua orang ataupun menjanjikan kesempurnaan. Bukan tidak boleh menerima kritikan daripada pelanggan, cuma sekiranya benar tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kedai makannya itu, boleh terus mesej beliau secara peribadi di media sosial dan bukanlah terus viral.

Nabila beranggapan mereka yang mempersoalkan layanan serta kualiti makanan di gerainya itu merupakan pelanggan yang tidak bernasib baik. Apa-apa pun, beliau tetap memohon maaf atas apa yang berlaku.


33 responses to “Hanya Buka Warung Kecil, Jangan Impikan Layanan Macam Restoran Mahal – Nabila Huda”

  1. joe says:

    kena belajar pr customer service nabila…awal2 mmg ada masalah, lama2 pandai…tpi nabila kena jwb mcm ni, maafkn sy, sy akan perbaiki kesilapan, di harap akn dtg ia akn lebih sempurna dan fantastics…terima kasih, jemput dtg lagi….pengalaman itu pelajaran

  2. Sila belajar says:

    Kedai makan yg aku selalu gi … memang ramai .. tapi tauke kedai tu round keliling kedai selalu tengok customers dah dpt order ke belum …he personally pi tanya kat kitchen kalau makanan lambat lebih 10 min ..minta maaf lagi ..kedai melayu yg berjaya …

  3. Netizen Concern says:

    “Hanya Buka Warung Kecil, Jangan Impikan Layanan Macam Restoran Mahal”. Warung kecil charges ~RM15? I don’t think so. Yes, harga makanan bergantung kepada portion dan nilai bahan mentah. But, warung kecil tak jual makanan cecah RM15. Well, at least that’s my definition/understanding on “warung kecil”. To me, customer tu hanya voice out.. harga tak setimpal dengan makanan yang dihidang. I think bukan nabila huda je yang kena, ramai peniaga luar sana customer voice out/rant on their “servings” on social media. Just don’t be too offensive about it. Adat meniaga. You’re “serving” people. Best thing you could do in this situation is.. say thank you for their comment, and find ways to improve. Or even better, you could ask them, what could’ve made you serve them better? Hidangan macam mana dia rasa sesuai. Negotiation skills ma’am!

Loading...