“Hanya Buat Orang Kecil Hati..” Syahmi Sazli Tolak Budaya Suka ‘Flex’ Harta Kekayaan

Hiburan

“Hanya Buat Orang Kecil Hati..” Syahmi Sazli Tolak Budaya Suka ‘Flex’ Harta Kekayaan

Pengarah dan juga Youtuber popular, Syahmi Sazli mengakui bahawa amalan menayang kekayaan atau ‘flex’ hanya akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut media sosial.

3 years ago

"Saya Buat Filem Ikut Standard Saya Sendiri"- Pengarah Filem Mael Totey, Syahmi Sazli Anggap Teguran Ellie Suriati Tidak Bersifat Peribadi

Advertisement

Meskipun budaya menayang harta itu bukanlah sesuatu yang baharu bagi mereka terutamanya golongan selebriti media sosial, bagi Syahmi,26, seseorang itu seharusnya lebih bertanggungjawab dalam berkongsi foto atau video di platform masing-masing.

View this post on Instagram

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Kalau nak setiap content tu nak tunjuk harta je, nak tunjuk kemewahan je.. itu tak elok la. Kena ingat follower ni datang daripada pelbagai latar belakang, kalau yang memang berduit tu tak mengapa la. Namun ada yang teringin tapi tak mampu, jadi benda tu akan buat sesetengah daripada mereka rasa sedih. Dia nak macam tu juga tapi tak mampu, jadi mereka rasa sedih dan kecewa.

Syahmi yang memiliki 2.65 juta pengikut di Youtube dan 2.4 juta pengikut di Instagram itu walau bagaimanapun mengakui kandungan berkaitan dengan harta kekayaan lebih mudah untuk meraih perhatian netizen.

Tambahnya lagi, dia pernah melalui fasa menayang kemewahan itu sekitar awal kejayaannya sekitar tahun 2017 yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Merasakan perkara tersebut hanya menjauhkan dirinya dengan peminat, Syahmi berasakan tabiat itu hanya membuatkan pengikut berasa kecewa dan mengidam.

“Mungkin ada sesetengah influencer anggap tayang benda mewah ini sebagai inspirasi, tapi saya rasa tak inspirasi pun sebab orang lebih berkecil hati.” ujarnya lagi mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...