“Saya Buat Filem Ikut Standard Saya Sendiri”- Pengarah Filem Mael Totey, Syahmi Sazli Anggap Teguran Ellie Suriati Tidak Bersifat Peribadi

Hiburan

“Saya Buat Filem Ikut Standard Saya Sendiri”- Pengarah Filem Mael Totey, Syahmi Sazli Anggap Teguran Ellie Suriati Tidak Bersifat Peribadi

Susulan kritikan daripada pengarah dan penerbit terkemuka, Ellie Suriati mengenai filem Mael Totey yang menurutnya tidak boleh dianggap sebagai penanda aras bagi karya kreatif di Malaysia, Youtuber dan juga pengarah filem tersebut, Syahmi Sazli tampil memberikan respon.

Tidak melatah, Syahmi menyifatkan pandangan seniwati Ellie Suriati itu sebagai teguran ‘kakak kepada adik’ dan bukanlah bersifat peribadi.

Advertisement

Syahmi yang dihubungi media baru-baru ini turut bersetuju dengan dakwaan Ellie itu. Menurutnya, jika isu teknikal yang dimaksudkan pengarah itu memang benar tidak mencapai standard kerana dia hanya menggunakan peralatan apa yang ada saja. Memberi contoh kamera yang digunakan sepanjang penggambaran, adalah peralatan yang sama digunakannya dalam penghasilan video di saluran Youtube miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli)

“Dari segi teknikal, saya setujulah apa yang dia cakap. Tapi jika dia komen berkaitan ‘standard’ sesebuah karya, saya tak setuju sebab nak tahu juga ‘standard’ macam mana yang dimaksudkannya. Adakah ‘standard’ sesebuah karya itu perlu bersentuhan kerana untuk filem ini, memang tiada babak bersentuhan dilakukan. Ia lebih mengikut kepada standard saya sendiri,”

Ujarnya lagi, dia memasuki industri penerbitan dan pengarahan filem tidak seperti penggiat seni yang lain dan memilih untuk membuat filem mengikut ‘standard’nya yang tersendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli)

Tambahnya, dia tekad untuk membikin filem Mael Totey The Movie ini khas buat penonton yang sudah kenal dengan genre karya-karya yang dihasilkan menerusi saluran Youtube terutamanya.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...