Hanya 31 Hotel Di Selangor Ada Sijil Halal – Exco Hal Ehwal Agama Islam

Berita

Hanya 31 Hotel Di Selangor Ada Sijil Halal – Exco Hal Ehwal Agama Islam

Lapor Sinar Harian , hanya sejumlah kecil hotel di negeri Selangor mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) iaitu kira-kira 31 buah hotel seperti yang dimaklumkan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Kata Zawawi, pengusaha hotel yang masih belum mendapatkan pensijilan halal juga diberi peringatan untuk tidak menggunakan istilah ‘bufet Ramadan’ memandangkan ianya bakal tiba tidak lama sahaja lagi.

Advertisement
Bufet RamadanSumber : Jejakakaula.com 

Difahamkan, istilah bufet Ramadan merupakan istilah yang membawa maksud halal dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana ianya menjadi satu bentuk perihal dagangan di bawah Perintah Perihal Dagangan (takrif halal) 2011.

 

Penggunaan istilah Bufet Ramadan dalam kalangan bukan pemegang SPHM merupakan isu pelanggaran undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan.

Oleh itu, Zawawi menyarankan agar pengusaha hotel, peniaga dan pengusaha industri makanan yang belum mempunyai sijil halal untuk memohon dengan segera bagi membolehkan promosi bufet Ramadan dapat dibuat sepanjang bulan itu nanti.

Kucing mati
2 years ago

20 Kucing Ditemui Mati Perut Terburai, Disyaki Angkara Perbuatan Khianat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...