20 Kucing Ditemui Mati Perut Terburai, Disyaki Angkara Perbuatan Khianat

Berita

20 Kucing Ditemui Mati Perut Terburai, Disyaki Angkara Perbuatan Khianat

Menurut laporan Sinar Harian, kira-kira 20 ekor kucing liar dilaporkan mati dalam keadaan perut terburai dan kesan lebam sekitar Pantai Bukit Keluang Besut, Terengganu.

Dipercayai dilakukan oleh individu khianat dan tidak bertanggungjawab, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Ahad dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad.

Advertisement
Utusan MalaysiaSumber : Utusan Malaysia  

Katanya, pihak polis ada menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan sekitar jam 10 pagi semalam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Siasatan awal mendapati terdapat beberapa ekor kucing mati di sekitar pantai tersebut di mana dua daripadanya mati berdekatan pantai dan 13 ekor lagi mati di atas tanah berdekatan pokok.

Maklum Abdul Rozak, pengadu percaya kematian kucing-kucing tersebut berpunca daripada perbuatan khianat atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

KucingSumber : Utusan Malaysia  

Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut.

Dua ekor kucing yang ditemui masih bernyawa namun berada dalam keadaan kesihatan manakala selebihnya yang telah mati ditanam di kawasan tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Lotus's Value Chicken Nugget
2 years ago

Lotus's Tarik Balik Penjualan 'Value Chicken Nugget', Didakwa Berkulat Dan Tidak Berkualiti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...