Hantar Sihir Kalau Tak Teman Video Call, Wanita Dedah ‘Group Chatting’ Seram Di IG

Gaya Hidup

Hantar Sihir Kalau Tak Teman Video Call, Wanita Dedah ‘Group Chatting’ Seram Di IG

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah memasuki sebuah kumpulan sembang (group chatting) yang menyeramkan di media sosial Instagram.

Rita Rudaini
3 years ago

"Yang Ketaq B*jik Ketaq P*laq Dengan Aku Yang Tak Vaksin Ni Pasai Apa?" - Rita Rudaini

Advertisement

Cerita wanita tersebut, ‘group’ tersebut dipercayai telah dikendalikan seorang lelaki menerusi sebuah video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Lebih menyeramkan, lelaki tersebut turut menunjukkan bukti di mana dia akan melakukan ritual ilmu hitam dan sihir kepada mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video dengannya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga memuat naik foto gadis-gadis yang telah menjadi mangsa ‘sihirnya’ sebelum ini.

Gambar dalam group itu dipenuhi dengan perempuan kebanyakan Instafamous. Saya buka pesanan suara, lelaki itu kata siapa tak teman dia video call, dia akan sihir. Saya tak kenal siapa perempuan yang dalam gambar tu, semoga adik dalam lindungan Allah.


Komen TikTokSumber : TikTok  

Komen TikTokSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dan berasa seram dengan pendedahan wanita itu.

Berikutan itu, ramai yang menitipkan pesanan agar orang ramai terutamanya kaum wanita lebih berhati-hati di media sosial terutamanya ketika memuat naik foto peribadi serta meminta wanita tersebut membuat laporan polis agar si pelaku itu segera ditangkap oleh pihak berkuasa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...