April 11th, 2015

Walaupun ABPBH 2014 sudah melabuhkan tirainya hampir seminggu, namun masih wujud lagi kontroversi serta isu tidak puas hati. Jika sebelum ini Sharnaaz Ahmad telah menyuarakan pendapat bahawa beliau tidak redha kalah di tangan Shah Iskandar, terbaru Hans Isaac telah mengeluarkan kenyataan yang cukup panas dan sinis  kepada pemenang ABPBH 2014.

Hans memuat naik status berkenaan di laman Instagram dan Twitternya telah menerima pelbagai reaksi  daripada peminat.

Tahun Depan saya nak beli 300,00x 80 sen suratkhabar dari BH& undi nama Awie utk menang artist Paling Popular. Tapi cakap fan club yg undi k.

Tentu sekali ramau yang sudah boleh meneka siapakah individu yang dimaksudkan oleh Hans  Isaac bukan?  Tentu sekali Shaheizy Sam. Sebenarnya ramai yang seakan tidak percaya dan mempersoalkan kemenangan Sam yang tidak begitu menyerlah pada tahun lepas.  Tidak mengapa, mungkin sudah rezeki beliau. Anugerah yang bergantung kepada undi peminat memang bukan atas dasar kualiti.

Sumber Berita: Instagram Hans Isaac


Comments are closed.

Loading...