October 4th, 2018

Makin lama, makin banyak tips yang dikongsikan oleh artis kegemaran ramai, Hanis Zalikha yang sangat aktif di laman sosial, terutamanya Instagram.

chili-paste
Kalau anda ingat lagi, Hanis pernah kongsikan tips supaya anda membuat pilihan betul apabila makan di restoran. Baru-baru ini pula, ada lagi tips untuk pastikan telur anda fresh, jadi tiada lagi masalah telur busuk ataupun kurang segar.

Kini, Hanis kembali lagi dengan tips terbaru beliau yang menitikberatkan soal nyahbeku bahan mentah. Iyer lah, kalau ikutkan, kami pun rendam sahaja ayam ataupun apa-apa makanan yang ingin dimasak.

Mesti ramai di antara pembaca Beautifulnara turut melakukan kesilapan yang sama.

 

 

View this post on Instagram

 

Tip nyahbeku bahan mentah. Okay amalan yang biasa dilakukan untuk mencairkan bahan mentah adalah dengan merendam dalam bekas berisi air. Tahukah anda ini adalah amalan yang salah? / 3 kaedah nyahbeku bahan mentah yang betul ialah : 1. Meletakkannya di bawah air yang mengalir tidak lebih 2 jam. 2. Letak di ruang chiller semalaman (macam dalam gambar). 3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Pastikan dimasak terus . / Kaedah ini adalah bagi mempercepatkan proses nyahbeku bagi menggelakkan pertumbuhan bakteria. Kaedah nyahbeku yang tidak betul boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna. / Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila di masak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan. #BKKMnakpesan #BKKMHQ

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Secara amnya, ramai yang akan membekukan makanan mentah mereka supaya tahan lama. Tetapi kesilapan besar yang sering dilakukan ialah teknik nyahbeku bahan mentah. Ada beberapa cara untuk nyahbeku bahan mentah seperti :-

1. Meletakkan bahan mentah di bawah air mengalir. Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila di masak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan.
2. Letak di ruang chiller semalaman
3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave dan pastikan makanan dimasak terus

Logik juga, kalau dibiarkan dalam suhu bilik terlalu lama, pasti bakteria akan mula membiak dan disitulah bermulanya kes-kes keracunan makanan. Tambahan pula teknik yang dikongsikan oleh Hanis juga akan memastikan ketulan ais pada bahan mentah cair sepenuhnya sebelum dimasak.

my-feature-quick-defrost-65110086

Memang naya dibuatnya kalau tengah seronok melayan ayam masak merah, ada pula bahagian yang tak cair habis.

Nasihat dan tips ini dibawakan oleh #BKKMnakpesan #BKKMHQ


33 responses to “Hanis Zalikha Kongsikan Tips Nyahbeku Makanan Dengan Mudah dan Selamat”

  1. Anonymous says:

    knp aku x penah rasa yusof tu comel..tang mana comelnya??? ada sapa2 yg blh bg pencerahan x…aku bkn hina..tp bg aku dia average je..

  2. bkn la bagus tp cuba jadi elok says:

    Standard tipikal netizen,xpenah nak ambil yg baik..mengutuk memanjang..tak penat ke ek korang ni dok cari keburukan org?xmalu ke pada diri sendiri bila baca balik apa yg korang tulis tu?org tu just share apa yg baik,taknak ikut diam2 sudah..byk sgt bersangka buruk skali Allah balas,tergigit lidah mati xsempat bertaubat baru tau..org tu tak suruh ko ikut pon..kesian betul langau2 xbergaji ni..Haaa tepokkk!!!!

    • anak mak says:

      adik bkn la bagus tp cuba jadi elok, kau pon sama je mcm netizen yg mengutuk. tips tu dh lapuk. org pemalas masuk dapur je yg tak tau lg. cuba la bg tips kalau jenis manusia yg tak ada microvawe baru la membantu. ke cara menguruskan bjn mentah yg baru beli untuk thn lama dlm frezeer ke.ni share benda yg tak sama thp dgn umur dia. adik aku yg tingkatan 3 pun tau benda ni sejak ada microvawe, tu pon blaja sendiri. pening la orang lapar likes ni.

  3. senyum manis says:

    apa laa korang ni… dia bagi tips pun nak mengata, mengutuk dia…. apa masalah dia dengan korang yee…ada kacau hidup korang keee

  4. Anonymous says:

    katakanlah, hari ini planning nk makan sup ikan, sudah letak ikan dgn cara yg kamu ajar, tetiba dtg pulak ibubapa yg katanya x mau makan ikan, mereka nk mkn ayam yg belum dicairkan masih keras lgi tu dlm peti ais, adakah anda tetap mahu msk ikan.

    ..maka pergilah semula ke kedai mencari ikan yg kedainya 5km dri rmh, dh membuang masa.
    ..oleh itu maka ”masaklah makanan dgn masak yg betul”..jgn kedekut gas dan letrik.

  5. kecik says:

    orang lain dah lama tahu la..

Loading...