Hanis Zalikha Kongsikan Tips Nyahbeku Makanan Dengan Mudah dan Selamat

Hiburan

Hanis Zalikha Kongsikan Tips Nyahbeku Makanan Dengan Mudah dan Selamat

Makin lama, makin banyak tips yang dikongsikan oleh artis kegemaran ramai, Hanis Zalikha yang sangat aktif di laman sosial, terutamanya Instagram.

chili-paste
Kalau anda ingat lagi, Hanis pernah kongsikan tips supaya anda membuat pilihan betul apabila makan di restoran. Baru-baru ini pula, ada lagi tips untuk pastikan telur anda fresh, jadi tiada lagi masalah telur busuk ataupun kurang segar.

Advertisement

Kini, Hanis kembali lagi dengan tips terbaru beliau yang menitikberatkan soal nyahbeku bahan mentah. Iyer lah, kalau ikutkan, kami pun rendam sahaja ayam ataupun apa-apa makanan yang ingin dimasak.

Mesti ramai di antara pembaca Beautifulnara turut melakukan kesilapan yang sama.

 

 

View this post on Instagram

 

Tip nyahbeku bahan mentah. Okay amalan yang biasa dilakukan untuk mencairkan bahan mentah adalah dengan merendam dalam bekas berisi air. Tahukah anda ini adalah amalan yang salah? / 3 kaedah nyahbeku bahan mentah yang betul ialah : 1. Meletakkannya di bawah air yang mengalir tidak lebih 2 jam. 2. Letak di ruang chiller semalaman (macam dalam gambar). 3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Pastikan dimasak terus . / Kaedah ini adalah bagi mempercepatkan proses nyahbeku bagi menggelakkan pertumbuhan bakteria. Kaedah nyahbeku yang tidak betul boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna. / Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila di masak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan. #BKKMnakpesan #BKKMHQ

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Secara amnya, ramai yang akan membekukan makanan mentah mereka supaya tahan lama. Tetapi kesilapan besar yang sering dilakukan ialah teknik nyahbeku bahan mentah. Ada beberapa cara untuk nyahbeku bahan mentah seperti :-

1. Meletakkan bahan mentah di bawah air mengalir. Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila di masak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan.
2. Letak di ruang chiller semalaman
3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave dan pastikan makanan dimasak terus

Logik juga, kalau dibiarkan dalam suhu bilik terlalu lama, pasti bakteria akan mula membiak dan disitulah bermulanya kes-kes keracunan makanan. Tambahan pula teknik yang dikongsikan oleh Hanis juga akan memastikan ketulan ais pada bahan mentah cair sepenuhnya sebelum dimasak.

my-feature-quick-defrost-65110086

Memang naya dibuatnya kalau tengah seronok melayan ayam masak merah, ada pula bahagian yang tak cair habis.

Nasihat dan tips ini dibawakan oleh #BKKMnakpesan #BKKMHQ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...