Ingatkan hanya berlaku di negara luar tetapi rupanya terjadi juga di Malaysia!
Pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil baru-baru ini mendedahkan tentang satu sisi buruk dalam industri hiburan di negara kita.
Menerusi Twitter, Hani telah memuat naik gambar mempamerkan perbualannya di Whatsapp tentang satu kerja dalam bidang pengacaraan.
Berdasarkan perbualan itu, dia dimaklumkan bahawa client menolak untuk mengupahnya hanya kerana imejnya tidak cukup seksi.
Tak dapat job because of my talent ?
Tak dapat job sebab tak sexy ????
Macam ni pun boleh. Selalu tak dapat job sebab tak cukup follower. Ni tak sexy pulekkkkk pic.twitter.com/abLNjuNz8R
— Hani Fadzil (@hanybunch) June 25, 2023
Hani bagaimanapun berkata dia faham bahawa setiap pelanggan mempunyai pilihan dan dia hanya mahu berkongsi tentang realiti yang dilaluinya.
Perkongsian Hani itu mendapat perhatian ramai warganet dan sesetengah daripada mereka terkejut kerana tidak menyangka imej seksi lebih dipandang berbanding bakat.
Rata-ratanya menyuarakan tentang isu ini di dalam industri di mana wajah yang ‘elok’ lebih menjadi demand daripada bakat sebenar seseorang itu.
Dalam pada itu, segelintir warganet berkata hal yang dilalui Hani sebenarnya turut terjadi dalam industri lain dan mendakwa zaman kini rupa paras lebih diutamakan.