“Dah Memang Takde Bakat” – Nabila Razali Akui ‘Terluka’ Terima Komen Sinis Netizen, Minta Jadi Pelakon Saja

Hiburan

“Dah Memang Takde Bakat” – Nabila Razali Akui ‘Terluka’ Terima Komen Sinis Netizen, Minta Jadi Pelakon Saja

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui dirinya terluka dan kecil hati setelah menerima pelbagai kecaman dan komen jahat daripada netizen yang mengkritik kualiti nyanyiannya ketika berada di atas pentas.

Ujar Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali,30, dia sudah berikan yang terbaik namun terganggu dengan pelbagai dugaan seperti tidak cukup rehat sehingga menjadikan persembahannya sedikit sumbang.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia tidak suka-suka menyanyi dengan teruk namun segalanya sudah terjadi dan hanya perlu ‘move on’.

Dalam pada itu, Nabila berkata dia memilih untuk memekakkan telinga ke atas semua kritikan yang diterimanya kerana tidak mahu ia menganggu perjalanan seninya.

Saya tolak tepi semua kecaman, kalau saya fikir apa orang cakap nanti saya akan dekat situ sahaja. Menyanyi ini saya minta sejak kecil, jadi kenapa saya perlu nak dengar cakap orang.

Saya tak marah atau sakit hati tetapi kesal dengan ayat-ayat yang ditinggalkan seolah-olah mereka ini tiada adik beradik atau kawan-kawan.

Nabila juga mendedahkan bahawa dia ada memasuki kelas vokal demi memperbaiki kelemahannya dan memberi yang terbaik buat peminat.

Terdahulu, nama penyanyi itu menjadi bualan netizen apabila dia dilihat sumbang ketika menyanyikan lagi Aku Terluka  yang juga single terbarunya di sebuah majlis.

Video itu kemudiannya menjadi tular dan mendapat banyak kritikan dan kutukan daripada warga maya yang memintanya untuk mencari kerja lain selain menjadi penyanyi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ifa Raziah
1 year ago

"Benci Tapi Tetap nak Tengok" - Ifa Raziah Bangga Bila 'Viral', Akui Suka Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...