Hani Fadzil Akui Agak Terkilan, Isu Paras Rupa & Jumlah Followers Jadi Ukuran

Hiburan

Hani Fadzil Akui Agak Terkilan, Isu Paras Rupa & Jumlah Followers Jadi Ukuran

Pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil mengakui berasa agak terkilan dengan layanan yang diberikan segelintir pihak sepanjang lebih satu dekad berkecimpung di dalam dunia penyiaran.

Zahiril Adzim
2 years ago

Zahiril Adzim Turut Luah Rasa Kecewa, Isu Stesen Tv Obses Dengan Jumlah Pengikut Media Sosial

Advertisement

Menurut Hani, soal paras rupa dan populariti di media sosial sering kali dijadikan ukuran lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal pembayaran.

In the industry for 12 years and I’ve gotten these; ‘You sorang je hafal script dan bagus audition tapi you tak ada rupa’ dan ‘followers you tak banyak macam (X) sebab tu dia dapat payment lebih’.

Luahan tersebut dikongsikan bekas penyampai radio Era itu menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di laman Twitter untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Dalam ciapan tersebut juga, Hani mengatakan yang dia pernah disarankan untuk berkelakuan ‘gedik’ sekiranya mahu namanya lebih dikenali orang ramai di luar sana.

Bagaimanapun, Hani mendedahkan yang dia tidak meletakkan kesalahan tersebut di bahu para personaliti media sosial sebaliknya berharap agar para pemain industri dapat memperhalusi semula syarat-syarat yang diletakkan itu.

Hani Fadzil

So what’s the point being good at what we do? How do you expect our followers to naikif you don’t give us a chance to shine?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar budaya tersebut dapat diubah pada masa akan datang.

Sekadar info, Hani telah mula mencipta nama ketika menyertai program pencarian bakat anjuran radio Era iaitu Personaliti Top Era pada tahun 2014.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...