Pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil mengakui berasa agak terkilan dengan layanan yang diberikan segelintir pihak sepanjang lebih satu dekad berkecimpung di dalam dunia penyiaran.
Menurut Hani, soal paras rupa dan populariti di media sosial sering kali dijadikan ukuran lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal pembayaran.
In the industry for 12 years and I’ve gotten these; ‘You sorang je hafal script dan bagus audition tapi you tak ada rupa’ dan ‘followers you tak banyak macam (X) sebab tu dia dapat payment lebih’.
In the industry for 12 yrs & I’ve gotten these :
– u sorang je hafal script & bagus audition tp u takde rupa
– followers you tak byk mcm (X) Sbb tu dia dapat payment lebih (walaupun (X) buat kerja lg sikit & baca je script)
– nk naik u kena gedik sikit https://t.co/H3ugbd6CsY— Hani Fadzil (@hanybunch) November 26, 2021
Luahan tersebut dikongsikan bekas penyampai radio Era itu menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di laman Twitter untuk tatapan peminat serta pengikutnya.
Dalam ciapan tersebut juga, Hani mengatakan yang dia pernah disarankan untuk berkelakuan ‘gedik’ sekiranya mahu namanya lebih dikenali orang ramai di luar sana.
Bagaimanapun, Hani mendedahkan yang dia tidak meletakkan kesalahan tersebut di bahu para personaliti media sosial sebaliknya berharap agar para pemain industri dapat memperhalusi semula syarat-syarat yang diletakkan itu.
So what’s the point being good at what we do? How do you expect our followers to naikif you don’t give us a chance to shine?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar budaya tersebut dapat diubah pada masa akan datang.
Sekadar info, Hani telah mula mencipta nama ketika menyertai program pencarian bakat anjuran radio Era iaitu Personaliti Top Era pada tahun 2014.