Boleh dikatakan selepas isu curang dan perpisahan dengan isteri, Shuk Sahar lebih menyepikan diri serta seakan-akan tidak mempunyai tempat di dalam dunia hiburan lagi.
Hantaran terbaharu yang dilakukan oleh bekas penyampai radio Hot FM seperti menjawab pertanyaan netizen sama ada rindu ataupun tidak untuk kembali industri hiburan.
Difahamkan dari hantaran yang dibuat, Shuk mengakui dia rindu untuk mengacara dan kembali aktif menjadi anak seni seperti dahulu.
View this post on Instagram
Sumpah aku rindu, rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap ngn kengkawan dalam radio.
Biarpun meluahkan apa yang dirasai, ada sesetengah netizen seakan-akan memerli semula pelawak terbabit dan menyalahkan dirinya kerana memburukkan nama sendiri dengan kes curang.
Dapat dilihat di ruangan komen, netizen merasakan segala yang berlaku adalah balasan buat Shuk kerana menyakiti hati si isteri dan netizen juga meminta dia untuk muhasabah diri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.