Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanez Suraya Akui Bahagia Bersama Suami: Tidak Sabar Timang Cahaya Mata

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, Hanez Suraya masih lagi dihantui oleh kontroversi lama beliau bersama suami Romie Razin Adilha apabila ada pihak yang tidak senang hati dengan kebahagiaan mereka sekarang.

Advertisement

Pelbagai tomahan dan berita tidak benar disebarkan meskipun Hanez kini sudah hamil anak mereka selama 4 bulan. Namun, buat Hanez  tidak mahu cepat melatah dan memikirkan perkara tersebut  kerana tidak mahu ia dipanjangkan dan menjejaskan masa depannya.

Berbicara mengenai gosip rumah tangga beliau bermasalah hanya kerana satu foto yang dimuat naik oleh beliau di Instagram baru-baru ini, Hanez sedar masih ada lagi pihak yang dengki dengan beliau. Walaubagaimanapun, beliau sama sekali tidak terkesan dengan berita itu dan mengakui bahagia di samping suami tercinta.

Orang luar tak tahu apa yang berlaku, tapi terus menuding jari mengatakan hubungan kami sedang retak. Saya pelik bila sekeping gambar sahaja boleh timbul pelbagai andaian tentang rumah tangga saya.

Memang saya tahu ada individu yang masih dengki dengan saya dan tak mahu lihat saya bahagia dengan perkahwinan ini. Melihat kepada situasi ini, saya sedar orang kita ini memang suka ambil tahu hal orang lain berbanding hal sendiri. Apa pun yang berlaku, jujurnya saya sedikit pun tidak terkesan dengan cerita-cerita tersebut kerana apa yang pasti hubungan kami berada dalam keadaan baik.

Advertisement

Hanez juga sempat meluahkan rasa teruja beliau untuk menyambut kelahiran bayi pertama beliau yang bakal lahir pada hujung tahun ini.  Ditanya mengenai jantina anak mereka, aktres tersebut dan Romie telah membuat keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut buat masa ini.

Setiap manusia ada lakukan kesilapan dalam hidupnya dan jika kita terus menghukum mereka kesalahan tersebut masih tidak dapat diperbetulkan bukan? Doakan sahaja agar Hanez Suraya kekal bahagia dan selamat bersalin tidak lama lagi.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top