Written by Bella | July 29th, 2015

Baru sahaja mendirikan rumah tangga selama empat bulan, timbul gosip yang mengatakan rumah tangga Hanez Suraya dan ahli perniagaan Romie Razin Adilha kini sedang bermasalah.

Walaubagaimanapun, Hanez tidak mahu memberikan sebarang penjelasan ataupun komen lanjut mengenai isu berkenaan kerana beliau perlu menghormati suaminya serta keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, beliau juga tidak mahu ada pihak yang salah anggap dengan kenyataan beliau dan seterusnya menyebabkan sesuatu yang lebih parah pada masa hadapan.

Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka.

Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.

Rumah tangga pasangan ini mula didakwa bermasalah apabila Hanez kerap meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa muat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac lalu di Masjid Putra, Putrajaya. Kini Hanez sedang hamil anak pertama mereka bersama.

Sebelum ini Romie mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama bersama bekas isteri, Liyana Manan.

Sumber Berita: mStar Online

Comments are closed.