Sudah beberapa hari netizen menuntut jawapan daripada juara Dewi Remahja 2018/2019, Haneesya Hanee selepas video gadis didakwa miripnya sedang berhibur di kelab malam sambil meminum arak bersama beberapa lagi finalis Dewi Remaja mula tersebar.
Meskipun dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi, Haneesya bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi tersebut.
Saya minta maaf. Buat masa sekarang, saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan.
Walaupun kesahihan video yang tersebar belum dapat dipastikan, netizen sudah mendesak pihak Remaja untuk menarik semula gelaran yang diberikan kepada Haneesya. Dalam pada itu, Nu Idektiv selaku pemilik jenama Dewi Remaja, mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka masih menyiasat insiden tersebut.