“Hancur Hati, Kejam!” – Sedih Menantu & Cucu Pilih Raya Luar Negara, Ibu Syamsul Sekali Lagi Selar Ira Kazar

Hiburan

“Hancur Hati, Kejam!” – Sedih Menantu & Cucu Pilih Raya Luar Negara, Ibu Syamsul Sekali Lagi Selar Ira Kazar

Lagi beberapa hari saja yang lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah semestinya ia membuatkan ramai berasa teruja menghitung hari untuk menyambut perayaan ini tetapi tidak buat ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah.

Melalui Instagram Story, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu meluahkan rasa sedih apabila menantu kesayangan, Puteri Sarah dan anak-anak, Syaikhul Islam dan Sumaiyyah memilih untuk beraya di luar negara.

Advertisement

ig story datin patimah

Difahamkan, keputusan aktres tersebut untuk beraya di luar negara itu ada kaitan dengan kes perceraian bersama suami, Syamsul Yusof yang bakal berlangsung pada 18 April ini.

Dapat dilihat dalam hantaran status itu, Datin Patimah turut meletakkan emoji hati berkecai bersama latar lagu ‘Air Mata Syawal’ nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

Sekadar info, sebelum ini isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu ada memberi kata-kata semangat buat menantu kesayangan selepas Syamsul bersetuju untuk menceraikan Sarah. Dia turut meminta pelakon tersebut bersabar kerana percaya pasti akan ada kebahagian selepas itu.

2 years ago

Syamsul & Sarah Bakal Bercerai, Datin Patimah Selar Orang Ketiga? - "Kamu Telah Hancurkan Sebuah Masjid"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...