Gara-gara dipersoal mengenai usia kehamilannya yang didakwa terlalu awal kerana sudah berbadan dua meskipun hanya beberapa bulan berkahwin, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat tidak mendiamkan diri.
Pinta penyanyi lagu Parah Parah agar individu tersebut membuat kiraan sendiri dari tarikh dia dan suami, Nabil Mahir berkahwin sehingga ke usia kandungannya kini
“Aku rasa macam Ayda baru saja kahwin tapi tiba-tiba mengandung. Sebenarnya dia sudah lama kahwinkah dan aku tak perasan?” tulis seorang pengguna media sosial Twitter, @nshazmann.
Ayda kemudiannya membalas twit individu berkenaan dengan menulis respon seperti di bawah.
View this post on Instagram
“Nikah 1.1.2021. Harini 12 Jun 2021, sekarang dah lima bulan dua minggu hamil. ‘Tiba-tiba mengandung? Sila buat kiraan sendiri.”
Dalam sebuah hantaran twit yang lain, Ayda turut menasihati mereka di luar sana agar tidak mempersoalkan rezeki dan sentiasa menjaga perihal diri masing-masing.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat menganggap komen individu tersebut tidak lebih seperti ‘makcik bawang’ yang gemar mengambil tahu dan mempersoalkan kehidupan orang lain.
Sekadar info, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 yang lalu bertempat di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Setelah hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, pasangan ini mengumumkan akan menimang cahaya mata pertama dijangkan pada bulan Oktober nanti.