Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nabil Mahir Masih Simpan Cincin Bekas Tunang, Ayda Jebat Suruh Simpan Buat Kenangan

Kini berdebar menantikan kelahiran cahaya mata pertama, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat sering menjadi perhatian netizen kerana gelagat mereka yang ‘gila-gila’ sebagai pasangan suami isteri.

Baru-baru ini, mereka sekali lagi menjadi tumpuan apabila Ayda ada membuat segmen ‘Ask Me Question’ di laman Instagtam miliknya kepada peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Antara soalan yang diterima Ayda adakah Nabil seorang yang cemburu dan juga berkaitan dengan bekas kekasih lama suaminya itu namun tidak disebut secara lanjut siapakah gerangannya.

Ayda Jebat Nabil MahirSumber : Instagram Ayda Jebat  

“Nabil pernah putus tunang kan sebelum ini?” tanya individu tersebut.

Jawab penyanyi lagu Temberang ini lagi, Nabil tidak pernah putus tunang namun pengacara TV itu masih lagi menyimpan cincin yang ingin diberikan kepada pelakon tersebut.

Advertisement

“Tak pernah putus tunang sebab tak sempat bertunang, takde jodoh. Tapi cincin yang dia beli untuk ex girlfriend tu ada lagi! Saya suruh dia simpan buat kenangan..”

Malah, Ayda turut meminta Nabil menyimpan cincin tersebut sebagai kenangan.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Sekadar info, Ayda dan Nabil telah melangsungkan rumah tangga pada 1 Januari 2021 bertempat di Masjid Al Taqwa dan difahamkan bakal menimang anak sulung pada bulan Oktober ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top