Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kontroversi yang terpalit pada nama usahawan kosmetik popular iaitu Sajat. Bahkan sebuah video yang tular mengatakan dia mahu menukar agama Islam telah membuatkan ramai yang kecewa.
Pun begitu, lebih mengejutkan apabila ada segelintir netizen yang sepertinya alpa dan meninggalkan komen berbaur ugutan dan meluahkan hasrat ingin membunuh Sajat kerana kenyataannya itu.
Bahkan bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa komen lain yang ditinggalkan di mana beberapa individu yang turut menyimpan niat yang sama.
Namun begitu, rata-rata netizen menyelar komen tidak sensitif sedemikian dan langsung tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah orang yang suka menjatuhkan hukuman kepada manusia tanpa mengira batas.
Pun begitu, ramai juga mempertahankan Sajat di media sosial yang tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah orang yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kepada sesama manusia.
“Gila betul orang bangga komen nak bunuh Sajat. Tidak siuman kalau anda rela untuk membunuh seseorang kerana agama.”
“Pergi baca balik kitab, sebab tiada langsung hukuman bunuh disebabkan apostasi (keingkaran terhadap agama).”
Bahkan ada yang mencadangkan supaya Sajat menyimpan segala bukti ini dan membuat laporan di bawah tuduhan ugutan yang melibatkan nyawanya.
Apa pun, sila berhemah apabila tinggalkan komen.