Jika semalam pengarah terkenal Shahrulezad tampil menyelar tindakan seorang artis wanita yang khabarnya telah membuka pekung artis-artis di Malaysia menerusi laman sosial, nampaknya pelakon tersebut tampil memberi penjelasan sebagai respon.
Ujar Adrea Abdullah, dia hanya berkongsi pengalamannya dalam industri hiburan kerana ingin memberi pengajaran kepada pelakon baharu agar lebih berhati-hati.

Meskipun tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang terhadap segelintir pihak, Adrea berkata apa yang dipaparkan dalam industri seni dan hiburan tidaklah indah seperti yang digambarkan.
View this post on Instagram
“Saya cerita sebagai iktibar supaya orang baharu jangan rasa terlalu senang atau naif tentang sesuatu perkara. Bagi saya apa yang diceritakan itu bukan hanya berlaku dalam industri hiburan sahaja, semua industri pekerjaan sama sahaja..ini adalah realiti sebab saya pun pernah bekerja dalam bidang hartanah, perbankan dan insuran sebelum ini.”
Hanya menjadikan videonya sebagai satu hiburan, pelakon filem Blok 404 itu turut menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika tiada pengarah atau mana-mana penerbit enggan lagi bekerjasama dengan dirinya.
View this post on Instagram
Terdahulu, menerusi hantaran TikTok Adrea, dia mendedahkan bahawa pernah ditawarkan untuk menjadi kekasih seorang produser jika ingin memegang watak utama.
Malah, dedahnya lagi, ada pengarah terkenal yang datang ke set penggambaran dengan gaya yang keterlaluan selain rakan artis yang suka bersembang lucah dengan para pelakon.
Kak Kiah Kampung Seberang Parit
July 2, 2021 at 8:59 am
kurang kasih sayang dia ni…
anonymous
July 1, 2021 at 8:03 pm
dia ni dah lama berlakun,lakunan pun ok,cantik asli lagi tapi tu lah mungkin berlakun ni kerja sambilan dia kot tu lah dia tak all out nak popular tak macam retis bbnu dah la zero talent tapi perasan bagus yukss
brunes
July 1, 2021 at 8:47 am
duhh.. no business like the entertainment business. but you cant shit where you eat girl. pandai2 lah ko bawak diri. tengok ko tak famous2 pun, sampai hari ni aku still meng who are youse kan engko